Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Berita Terkini Nahas #MH17


Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunyai struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.

Lagi gambar dan video nahas #MH17 disini : Sumber

Leave a Reply