Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Wanita Berjanggut Dan Berbulu Dada 19 Tahun Bersembunyi Kerana Malu


Selama 19 tahun Agustina Dorman terpaksa menyembunyikan dirinya. Semuanya gara-gara wanita itu mempunyai janggut selepas melahirkan anak sulongnya.

Kini, Agustina tidak mahu lagi bersembunyi dan memutuskan untuk keluar di khalayak ramai meskipun dia berdepan dengan pandangan serong masyarakat.

Menurut wanita berusia 38 tahun itu, dia mula ditumbuhi janggut selepas 25 hari melahirkan anak sulongnya.

Selain janggut, dia juga ditumbuhi bulu dada dan setiap kali cuba mencukur atau memotongnya, Agustina akan mengalami kesakitan yang amat sangat.

Dan selepas beberapa kali gagal memotong janggut itu, Agustina memutuskan untuk membiarkannya sahaja.

Bimbang anak sulongnya yang berusia 19 tahun dan tiga tahun dibuli orang ramai, dia memutuskan untuk memakai hijab.

Namun anaknya masih menerima umpatan daripada orang ramai yang mengetahui bahawa ibunya itu mengalami keadaan luar biasa.

Keadaan itu menyebabkan Agustina berdepan dengan orang ramai dan mendedahkan dirinya yang sebenar kepada penduduk kampung itu.

Agustina berharap melalui pendedahan mengenai penyakit yang dialaminya kepada penduduk kampung, maka mereka akan memahaminya.

Leave a Reply