Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Rosyam Nor dan Ramli Sarip Terima Gelaran Datuk


Rosyam Nor dan Ramli Sarip antara 79 orang penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk.

Turut menerima gelaran yang sama adalah Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mendahului senarai 901 penerima darjah, bintang, dan pingat kebesaran negeri Melaka 2013 sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Idris menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri dan merupakan penerima tunggal darjah kebesaran itu.

Mengumumkan nama-nama penerima darjah kebesaran itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar pada sidang media yang diadakan semalam.

Naim juga antara 10 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Istiadat pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran itu akan disempurnakan oleh Mohd Khalil hari ini di Dewan Seri Negeri, sesi kedua Ahad dan sesi ketiga 24 Oktober.

Leave a Reply