Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Rakaman Penuh Sidang Media Aeril Zafrel dan Wawa Zainal 11 Oktober Lalu di Neo Damansara


"Abang! okey saya minta maaf,
Abang jangan marah-marah kat sini ya!
Tak apalah saya minta maaf kalau saya pernah tipu Abang..! kepada pihak-pihak media lain..saya minta maaf" - pinta Wawa Zainal lembut



Video 1 : Majlis dimulakankan ucapan salam dan permintaan maaf dari pihak Aeril dan Wawa atas kelewatan majlis. Peguam peribadi Aeril selaku moderator majlis telah mempersoalkan kebocoran maklumat status anak Aeril dan Wawa oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) yang tidak sepatutnya berlaku mengikut undang-undang. Namun wartawan jelas tak berminat tentang persoalan besar yang ditimbulkan itu.

Aeril memulakan menjawab persoalan dengan bercerita kisah perjalanan kisah hidupnya dengan Wawa. Sekali lagi wartawan tidak berminat sebaliknya mahu terus ke 'turning point'. Aeril mengaku dia dan Wawa bercinta namun tahu akan dimarahi pihak pengurusan akhirnya pada 25 Februari 2012, Aeril menikahi Wawa dan status anaknya pun telah berjawab. Wawa dan bapanya menjawab soalan mengenai penyakit misteri yang dialaminya. Sebaik Aeril menjelaskan dia dan Wawa bernikah 2 kali, wartawan terkejut maka majlis yang mulanya tenang mulai hangat dan 'kecoh'. Timbul juga provokasi 'nikah koboi'.



Video 2 : Aeril menjelaskan dia memang ada perancangan untuk menghebahkan kepada media namun telah bocor terlebih dahulu. Aeril meletakkan dirinya dalam 'peperangan'. Wawa mengakui takutkan David Teo. Timbul tuduhan kasar melampau 'munafik' ke atas Aeril dan Wawa. Aeril bercerita kisah seorang sahabat di zaman Nabi yang dan meletakkan dirinya ditempat yang sama dalam keadaan 'darurat'. Ada wartawan mula beremosi dan menjerit-menjerit. CHOI!!!

Ditimbulkan juga persoalan sama ada jatuh talak kerana menafikan pernikahan dan dijelaskan oleh pihak Aeril panjang lebar. Wawa memberitahu pernah dimarahi oleh David Teo dan cakap buruk pasal Aeril. Wawa berkata dia pernah dikuarantin selama sebulan di Ijok. Wawa dituduh 'membalas dendam' kepada David Teo. Wawa mendakwa David Teo telah tahu lebih awal pasal perkahwinannya namun dimedia dia buat-buat terkejut. Aeril baru nak memulihkan dari sakit dan berubat. Ada seorang wartawan meninggikan suara dan tuduh Aeril 'putar belit'. Aeril tambah buntu nak menjawab soalan. Ditimbukan soalan semasa di Lahad Datu adakah Wawa pernah bertunang dan persoalan itu dinafikan Wawa.



Video 3 : Rasa tak berdosa ditimbulkan oleh seorang wartawan yang marah-marah. Soal tindakan mahkamah juga dibangkitkan. Masa yang diperuntukkan tamat dan Aeril menutup majlis dengan kata-kata akhir permohonan ampun kepada pihak-pihak yang dinafikan atas sebab-sebab mengapa dia menafikan. Sumber : http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com

Berita sebelum ini:
1. Berita Penuh Wawa Zainal dan Aeril Zafrel Sah Suami Isteri
2. Aeril Zafrel Nafi Kahwin Wawa Zainal
3. Aeril Zafrel & Wawa Zainal Akhirnya Membuat Pengakuan

Leave a Reply