Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Faizal Ismail (FBI) Letak Jawatan Di Hot FM Bukan Satu Gurauan


Pagi tadi dikejutkan dengan satu “tweet” daripada Faizal Ismail. Mana tidaknya, tiada angin tiada bayu, tiba-tiba FBI mengumumkan yang dia meletakkan jawatan daripada Hot FM. Notis perletakan jawatan tersebut bermula hari ini iaitu 24 Oktober 2013. Namun begitu masih banyak pihak yang tidak percaya akan perletakan jawatan ini. Mungkin kerana FBI seringkali terlibat dalam “Panggilan Hangit”. Banyak pihak yang meneka ini sekadar propa dan perancangan teliti daripada pihak Hot FM.

Sudah terlalu lama FBI berada di Hot FM dan sedikit sebanyak menimbulkan rasa jemu kepada orang lain. Mungkin sudah tiba masa untuk FBI berhijrah dan fokus kepada karier di dalam bidang lain.

Mahu Fokus Kepada FBI Entertainment?

Tapi, daripada apa yang saya tahu, Faizal Ismail kini sudah ada syarikat sendiri yang dinamakan FBI Entertainment. FBI Entertainment ini merupakan syarikat event management Faizal Ismail yang menguruskan dan menyediakan servis untuk sebarang acara syarikat seperti makan malam tahunan, hari keluarga, video korporat, persembahan pentas dan pelbagai lagi.



Maka, berilah peluang untuk Faizal Ismail berhijrah untuk satu permulaan baru yang lebih baik untuk dirinya. Takkan kita nak suruh dia duduk dalam konti sampai ke sudah kan?

Edit sumber dari : http://beautifulnara.com dan http://www.hasrulhassan.com

Leave a Reply