Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Fizz Fairuz Akan Kahwini Almy Nadia Tahun Hadapan


Pelakon Fizz Fairuz, 34 mengaku dia kini sudah pun bercinta semula dengan pelakon Almy Nadia selepas hubungan mereka kembali rapat sejak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan portal Malaysian Digest.com Fizz akui bakal mempercepatkan perkahwinannya dengan Almy tanpa mengikut adat bertunang.

"Kami dah bercinta semula. Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau tiada aral melintang, Insya Allah saya bercadang mahu menjadikan Almy sebagai isteri saya yang sah secepat mungkin.

"Tapi sebelum tu saya perlu lah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ni tak ada apa-apa lagi. Tapi saya sebolehnya tak nak bertunang, nak terus nikah. Insya Allah saya rancang nak kahwin tahun depan," katanya.

Sebelum ini Fizz dan Almy adalah pasangan kekasih namun hubungan selama tujuh tahun mereka berakhir dengan perpisahan. Fizz kemudiannya bertunang dengan seorang gadis pada Februari tahun ini. Namun ikatan pertunangannya mencetuskan kontroversi apabila terbongkar rahsia bahwa tunangnya itu adalah isteri orang.

Leave a Reply