Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Adam AF Dan Fiza Elite Bakal Nikah Esok (25/09/13)

Berita menarik yang disiarkan melalui ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini ialah penyanyi Adam AF, 29, bakal bernikah dengan Fiza Elite, 33, esok (Khamis).

Adam atau nama sebenarnya Mohd Adizam Mat Saman dikenali kerana mendapat tempat ketiga pada pertandingan Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, manakala Fiza atau nama penuhnya Siti Saidatul Fiza Abdul Halim, pernah berkahwin pada tahun 2006, namun bercerai pada tahun 2010.

Kedua-dua mereka ketika dihubungi memberitahu, jodoh antara mereka ialah ketentuan tuhan.

Menurut Adam kepada BH:-
Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah.

Untuk makluman ini, pasangan ini berkenalan pada Ramadan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian. Doakan semuanya berjalan lancar untuk pasangan ini dan semoga kekal ke akhir hayat.

1 comments: