Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Saya ada hak tayang Tanda Putera secara tertutup kata Suhaimi Baba


Shuhaimi Baba menegaskan beliau ada hak untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera secara tertutup meskipun ia hanya akan muncul di pawagam selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Di sebalik kritikan berterusan beberapa pihak termasuk pembangkang, Shuhaimi Baba mempertahankan filem arahannya itu.

Bagaimanapun kata beliau, keputusan untuk menayangkan filem terbabit hanya akan dilakukan sebaik sahaja keadaan menjadi reda dan mengikut masa yang sesuai bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

“Filem Tanda Putera ditangguhkan sementara waktu, kita cari masa yang sesuai untuk ditayangkan di pawagam, bila keadaan dah reda baru kita tayang.

“... tak payah buat andaian bahawa filem itu telah diharamkan, itu tidak benar.

"Kita sudah pun berbincang dengan pihak kementerian, malah tiada unsur menghina mana-mana pihak,” kata beliau pada sidang media selepas menjadi panelis Wacana Sinar Siri ke-18 yang mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi di Auditorium
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Meskipun filem itu belum ditayangkan di layar perak, namun ia tidak menghalang pihaknya membuat tontonan secara tertutup mengikut permintaan pihak tertentu.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang ingin membuat ulasan mengenai filem itu dialu-alukan, sekali gus dapat membantu produksinya membetulkan tanggapan negatif yang dilemparkan.

“Saya ada hak nak siarkan secara tertutup dan saya terima sesiapa saja nak buat ulasan mengenai filem itu,” katanya.

Leave a Reply