Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Gandingan pertama Izzue dan Tiz dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia


Tiz Zaqyah dan Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Izzue Islam digandingkan dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Pasti ramai yang ternanti-nanti drama ini ke udara ekoran gandingan mantap kedua hero dan heroin ini.

Drama yang ditayangkan di slot drama TV3 Zehra ini bakal menemui penonton bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam.

Karya Zura Asyfar ini mengangkat kisah perkahwinan yang didasari atas rasa terpaksa demi menjaga maruah keluarga.

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).

Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain, beginilah kisah cinta antara Syaf dan Firash bermula.

Syaf, Farish dan Firash dijemput ke majlis ulang tahun oleh Raina dan Raimy di mana mereka telah merancang sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua empat tahun daripadanya.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia malah tiada ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai yang dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.

Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing dan mereka jarang bertemu. Jika bertemu, Firash sering menyakitkan hati Syaf.

Ditakdirkan Syaf ditugaskan ke Kerteh, Terengganu dan Firash turut menjalani latihan industri di syarikat sama.

Bermulalah kisah cinta mereka yang mula kelihatan dengan kehadiran orang ketiga, Haqimy. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf.

Namun, Raina muncul kembali dan merosakkan segala-galanya.

Sebenarnya Saya Isteri Dia TV3 Episod 1 Hingga Tamat

13 comments:

  1. Suka tengok tiz pakai tudung sejak dalam nur kasih.. Bagusnya kalo dia terus kekal begitu...

    ReplyDelete
  2. sangat suka drama nie.. actually dah lama xtgk cite melayu sbb bnyk sgt lyn cite luar.. sejak bnyk drama adaptasi dr novel msuk tv rse tertarik nk tgk blik cite Melayu.. SSID best !!

    ReplyDelete
  3. lepas setia hujung nyawa, rasa best tonton citer ni..tak sabar nak tunggu hari jumaat...romantik dan kelakar..

    ReplyDelete
  4. best la. napa 13 ep je? napa hari jumaat je. lama nk tgu

    ReplyDelete
  5. best la crita ni. kelakar pun ada. xsabar nk tggu hr jumaat.

    ReplyDelete
  6. best sgt cite nia...bla tiz gn izzue digandingkn bersam..lgi nmpk cute sgt2

    ReplyDelete
  7. Best2.... he2. Izzue n tiq mmg best

    ReplyDelete
  8. 22 hensem n cantik...
    memang sesuai digandingkan....
    suka tengok dorang...

    HOT : Kolam renang terbesar di dunia
    TOP : Kolam renang palsu
    POPULAR : Rumah mewah selebriti
    GEMPAK : Memandu kapal terbang dengan ketinggian yang rendah
    PELIK : Jam termahal di dunia

    Dan banyak lagi di : Green Life

    ReplyDelete
  9. mmg ensem izzue islam,cantik juga tiz zaqyah,andainya aku ada suami mcm izzue islam,bahagia hidup aq,dh lah ensem, :)

    ReplyDelete
  10. ,hensem lah awk ni,masa brsama fourteen nyanyi lagu brdua brsatu,saya xthu plak awk yg rmbut pnjang tu..skarang bila potong rmbut makin ensem,tp skarang awk dh kawin,dulu kalu rmbut pnjang,awk lum popular lg,tp bila dh brubah pnampilan,rmai suka kat awk,saya just minat awk,

    ReplyDelete
  11. saya ayuni.ska cte nie.

    ReplyDelete
  12. hazman,ayuni,aishah,hazlin,

    ReplyDelete
  13. gempak seh cite ni :)

    ReplyDelete