Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Gandingan pertama Izzue dan Tiz dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia


Tiz Zaqyah dan Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Izzue Islam digandingkan dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Pasti ramai yang ternanti-nanti drama ini ke udara ekoran gandingan mantap kedua hero dan heroin ini.

Drama yang ditayangkan di slot drama TV3 Zehra ini bakal menemui penonton bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam.

Karya Zura Asyfar ini mengangkat kisah perkahwinan yang didasari atas rasa terpaksa demi menjaga maruah keluarga.

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).

Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain, beginilah kisah cinta antara Syaf dan Firash bermula.

Syaf, Farish dan Firash dijemput ke majlis ulang tahun oleh Raina dan Raimy di mana mereka telah merancang sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua empat tahun daripadanya.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia malah tiada ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai yang dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.

Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing dan mereka jarang bertemu. Jika bertemu, Firash sering menyakitkan hati Syaf.

Ditakdirkan Syaf ditugaskan ke Kerteh, Terengganu dan Firash turut menjalani latihan industri di syarikat sama.

Bermulalah kisah cinta mereka yang mula kelihatan dengan kehadiran orang ketiga, Haqimy. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf.

Namun, Raina muncul kembali dan merosakkan segala-galanya.

Sebenarnya Saya Isteri Dia TV3 Episod 1 Hingga Tamat
Continue Reading ...

Wan Sharmila sedia akhiri zaman janda


Beliau yang pernah mengalami kegagalan rumah tangga setelah tiga tahun bersama, namun bagi pelakon popular, Wan Sharmila, dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.

Tidak pernah mengelak dalam berbicara mengenai kehidupan peribadinya, Wan Sharmila, 32, sebelum ini, pernah memberitahu dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Tetap yakin ketentuan Ilahi buat dirinya, Wan melahirkan keinginan untuk memiliki keluarga bahagia.

Mengakui dirinya kini dalam proses mengenali seseorang, dia tidak menolak untuk bergelar isteri buat kali kedua.

"Sejujurnya, kami masih lagi dalam proses berkawan dan mengenali. Namun, buat masa ini, tidak perlu didedahkan lagi siapa dia.

"Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Bagi saya, status bukanlah penghalang sesebuah hubungan dan pasti ada lelaki yang sudi menerima saya seadanya," kata bekas isteri, penerbit dan pemilik syarikat produksi Radius One, Fazli Baharom.

Setelah tiga tahun bersama, pasangan ini bercerai pada 23 Oktober 2009.

Impi sebuah keluarga

Akui cemburu dengan rakan-rakan artis yang memiliki keluarga sendiri di samping kehadiran cahaya mata, Wan turut mengimpikan momen indah seperti itu.

Menurut pelakon drama, Tipah Vavavoom ini, sebagai wanita, nalurinya pernah berdetik memiliki sebuah keluarga yang lengkap.

"Memang hidup keseorangan sangat sunyi. Bila saya tengok orang lain yang memiliki keluarga, hati saya mula tersentuh.

"Kesepian hidup itu selalu terubat dengan orang-orang di sekeliling. Lagipun, saya selalu sibuk dengan kerjaya membuatkan saya lupa seketika mengenai perkara itu.

"Namun, sampai bila saya harus keseorangan? Umur pula semakin meningkat," katanya yang bakal muncul menerusi drama terbaru, Aisya Azura.
Continue Reading ...

Saya ada hak tayang Tanda Putera secara tertutup kata Suhaimi Baba


Shuhaimi Baba menegaskan beliau ada hak untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera secara tertutup meskipun ia hanya akan muncul di pawagam selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Di sebalik kritikan berterusan beberapa pihak termasuk pembangkang, Shuhaimi Baba mempertahankan filem arahannya itu.

Bagaimanapun kata beliau, keputusan untuk menayangkan filem terbabit hanya akan dilakukan sebaik sahaja keadaan menjadi reda dan mengikut masa yang sesuai bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

“Filem Tanda Putera ditangguhkan sementara waktu, kita cari masa yang sesuai untuk ditayangkan di pawagam, bila keadaan dah reda baru kita tayang.

“... tak payah buat andaian bahawa filem itu telah diharamkan, itu tidak benar.

"Kita sudah pun berbincang dengan pihak kementerian, malah tiada unsur menghina mana-mana pihak,” kata beliau pada sidang media selepas menjadi panelis Wacana Sinar Siri ke-18 yang mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi di Auditorium
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Meskipun filem itu belum ditayangkan di layar perak, namun ia tidak menghalang pihaknya membuat tontonan secara tertutup mengikut permintaan pihak tertentu.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang ingin membuat ulasan mengenai filem itu dialu-alukan, sekali gus dapat membantu produksinya membetulkan tanggapan negatif yang dilemparkan.

“Saya ada hak nak siarkan secara tertutup dan saya terima sesiapa saja nak buat ulasan mengenai filem itu,” katanya.
Continue Reading ...

Pelakon Siti Fazurina Akhirnya Nikah Kali Kedua



Pelakon Siti Fazurina akhirnya terpaksa bernikah buat kali kedua selepas pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak.
Ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu Bakar, 61, berkata, akad nikah tersebut telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.

“Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Hykal, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Bagaimanapun menurut ibunya, perkahwinan itu tidak sah kerana Siti Fazurina dipercayai memberikan maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya.
Dia dilaporkan telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ sehingga memaksa ibunya melaporkan hal tersebut kepada mahkamah berkenaan.
Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu walaupun tidak merestui anaknya itu berkahwin semula dengan lelaki berkenaan tetapi dia terpaksa akur kerana tidak mahu anaknya itu hidup bergelumang dengan dosa.
“Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu.
“Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran,” jelasnya.
Tambahnya, keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah telah membuktikan segala tohmahan masyarakat terhadapnya sebelum ini ternyata salah.
“Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu,” katanya.
Menganggap kejadian yang menimpa keluarganya sebagai ujian daripada Allah, Zubaidah memberitahu buat masa ini dia belum terfikir untuk memaafkan perbuatan Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.
“Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu,” ujarnya.
Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan daripada Fazurina gagal apabila pelakon drama Trilogi Cinta itu tidak menjawab panggilan telefon.
Continue Reading ...

Najwa Latif Dapat 4A Dalam SPM

Penyanyi remaja popular, Najwa Latif, mencatatkan keputusan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Namun, bekas pelajar aliran sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, di sini, itu tidak hadir untuk mengambil salinan keputusan peperiksaan berkenaan.

Sebaliknya, kakaknya, Iqhwatul Syafika, 24, yang muncul mewakili artis terbabit, kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika dihubungi petang semalam, Najwa, 18, berkata dia meminta kakaknya mengambil keputusan berkenaan kerana berasa cukup tertekan. Penyanyi ini turut menafikan dirinya kecewa dengan keputusan itu sehingga tidak sanggup untuk berbuat demikian.

“Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS).

Mohon maaf Sementara itu, ketidakhadiran penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku ini bukan saja menghampakan sekumpulan wartawan yang menunggu sejak pagi, malah turut mengecewakan rakan dan gurunya.

Cubaan media mendapatkan komen ringkas Syafika juga tidak berhasil apabila dia bergegas meninggalkan kawasan sekolah.

Tinjauan di rumah Najwa turut mendapati kediaman itu tidak berpenghuni, malah seorang jiran yang ditemui memaklumkan penyanyi berkenaan sudah keluar bersama semua ahli keluarganya, sejak kira-kira jam 11 pagi.

“Saya minta maaf kepada yang cuba menghubungi atau menunggu saya di sekolah. Bukan saya cuba mengelak atau melarikan diri, tetapi masa itu saya sedikit tertekan. Bagaimanapun cikgu ada berpesan pada kakak, semoga saya berjaya,” katanya.

Najwa yang memperoleh A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Matematik, berhasrat menyambung pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Berharap dapat memulakan pengajian Jun ini, Najwa akan tetap meneruskan bidang seni suara dan cuba mengatur jadual persembahan sebaik mungkin.

“Sekarang saya sibuk mempromosikan single duet saya bersama Sleeq, Sahabat. Insya-Allah, saya juga akan muncul dengan single baru berjudul I Love You, ciptaan bersama kakak, selepas ini,” katanya yang akan turut serta dalam acara siri jelajah ABPBH 2012 di Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru, Ahad ini.

Continue Reading ...

Apa Itu Pengganas Militan?

Setiap negara mentafsirkan makna pengganas atau militan dengan cara tersendiri. Definisi yang paling popular, militan ialah sekumpulan manusia berfikiran sempit yang menggunakan keganasan untuk menjayakan cita-cita politik, agama atau membuat tuntutan tertentu.

Pelbagai kajian dijalankan tentang cara bagaimana militan berfikir. Mereka menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda.

Mereka sanggup bertindak kejam walaupun ada di antara mereka merupakan pengamal ajaran agama yang taat.

Tiada sebarang agama yang menggalakkan keganasan. Jadi, adakah mereka terencat akal atau sebenarnya terlalu fanatik menjayakan cita-cita ketua mereka tanpa memikirkan belas kasihan dan batasan undang-undang.

Apa yang pasti kumpulan militan melakukan keganasan secara terancang. Mereka selalunya membuat permintaan yang tidak masuk akal, sukar diterima dan mencabar maruah sesebuah negara.

Nah, disini baru terdedah yang mereka sebenarnya mempunya niat lebih besar iaitu memusnahkan negara.

Senjata utama mereka ialah serangan psikologi kepada rakyat. Lebih teruk, militan hanya perlu membuat satu kerosakan kecil sahaja tetapi sudah cukup memberi impak yang besar.

Kerana itulah kita dapati mana-mana kerajaan sekali pun di dunia pasti memberi perhatian yang sangat serius dalam memerangi kumpulan ini.

Impak psikologi kepada negara

Keganasan memusnahkan ekonomi negara. Pelabur hilang keyakinan untuk melabur dan pelancong pula pasti akan menjadualkan semula percutian mereka ke tempat lain.

Media luar yang bermusuh juga akan mengambil peluang memburuk-burukkan imej negara di mata dunia.

Televisyen menyiarkan cerita letupan bom, asap, orang berlari bertempiaran dan kehadiran anggota polis yang ramai.

Seterusnya laporan kematian dan kemusnahan harta benda. Ini yang militan mahu. Mereka mahu rakyat menjadi panik dan takut.

Keganasan merampas kebebasan. Rakyat hidup dalam ketidakpastian. Mereka terpisah daripada orang tersayang dan sanak-saudara.

Ini memberi tekanan dan seterusnya mencetuskan kebimbangan yang dahsyat.

Ibu bapa risau jika anak-anak bermain di luar rumah, malahan ada orang mengelak daripada menonton siaran berita kerana fobia serangan tersebut akan berulang.

Jika perintah berkurung dikuatkuasakan, kebebasan menguruskan urusan seharian juga tergugat.

Keganasan berterusan menyebabkan rakyat menjadi putus harap, seperti ayam di dalam sangkar, hanya menunggu masa menjadi mangsa.

Rakyat takut membeli hartanah dan berangan-angan untuk berhijrah keluar negara.

Ada yang menjadi pendatang haram di negara jiran dan ini menimbulkan masalah pula kepada negara tersebut.

Keganasan mencetuskan pelbagai teori konspirasi. Selepas satu serangan pengganas dilancarkan, banyak artikel atau rancangan media diterbitkan mengutuk serangan tersebut.

Tuduh-menuduh berlaku. Ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mengeruhkan hubungan antara dua buah negara pula. Tambahan pula jika negara tersebut telah sekian lama bermusuhan.

Ini seterusnya boleh mencetuskan peperangan antara negara atau peperangan konvensional.

Peperangan sebegini lebih dahsyat kerana ia melibatkan penggunaan senjata berat atau senjata nuklear jika ada yang akhirnya bakal memusnahkan keseluruhan planet.

Keganasan juga mengubah persepsi rakyat terhadap isu keselamatan. Polis dan tentera kelihatan sentiasa bersedia dengan senjata api di tangan.

Orang kenamaan pula terpaksa mengupah ramai pengawal peribadi. Pemeriksaan badan akan dilakukan di serata tempat termasuk di rumah-rumah ibadat. Pemandangan sebegini tidak berlaku di negara-negara aman.

Peranan rakyatMilitan hanyalah sekumpulan minoriti daripada keseluruhan penduduk sesebuah negara. Selain menimbulkan ketakutan mereka juga mahu mendapatkan sokongan rakyat setempat. Kerana itu militan banyak menyerang kepentingan kerajaan berbanding orang awam.

Jika rakyat bersatu-padu menyokong kerajaan, kumpulan militan ini akhirnya akan tumpas juga. Kerajaan akan mengerah aset tempur memusnahkan mereka. Rakyat juga boleh memusnahkan mereka tetapi dengan cara psikologi.

Pengawalan khabar angin atau rumours control sangat penting. Dapatkan maklumat tepat daripada sumber yang diyakini seperti laman web polis atau kerajaan.

Jangan percaya SMS atau maklumat daripada sumber mencurigakan kerana akan ada orang tidak bertanggung-jawab yang cuba mengambil kesempatan.

Jangan beri sebarang bantuan sama ada makanan mahupun sokongan moral kepada mereka.

Salurkan maklumat aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis. Bagi mengelak salah faham, kerajaan juga melalui Kementerian Luar akan terus menjalin hubungan baik dengan negara jiran.

Hargailah keamanan. Bersamalah kita memusnahkan kumpulan militan ini.

Continue Reading ...