Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Nabil kini sah menjadi anggota kumpulan Boboi

Jika sebelum ini, Boboi dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, namun kini, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil akan menyertai kumpulan tersebut menjadikan mereka bertiga.

Berita ini disahkan sendiri oleh Afdlin malah memberitahu pernyertaan Nabil atau nama gelarannya “boboi nge” (Boboi telinga) adalah sebagai anggota kekal.

Bercakap ketika sidang media di Istana Budaya semalam, Afdlin memberitahu gabungan mereka bertiga ini mampu meluaskan lagi golongan peminat. Ini kerana setiap ahli mempunyai golongan peminat tersendiri - Harun mempunyai pengikut yang lebih berusia, Afdlin semi-berusia, dan Nabil pula golongan muda remaja.

Trio ini akan melakukan persembahan pada Lawak Ke Der 2 dan akan menyertai Maharaja Lawak Mega musim ke-2 yang bermula 9 November nanti.

Leave a Reply