Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Warga Emas Rentung Terbakar Sebelum Bersahur

Kebakaran di Felda Pasoh Satu, Jelebu pagi semalam menyebabkan hajat dua warga emas suami isteri untuk bersahur tidak kesampaian apabila rumah mereka hangus dijilat api.

Mayat pasangan suami isteri ini ditemui dalam keadaan rentung di bahaguan ruang tamu rumah.

#ARTIKEL DARI KOSMO!

Hasrat suami isteri warga emas untuk bersahur tidak kesampaian apabila pasangan tersebut ditemui rentung dalam rumah mereka yang terbakar di Felda Pasoh Satu, Jelebu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, dua mangsa yang terkorban ialah Zahari Hassan, 77, dan isterinya, Mariam Abd. Latif, 67. Mayat pasangan itu ditemui di ruang tamu rumah.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, dua jentera bomba bersama 18 anggota dikejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.39 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian tujuh minit kemudian mendapati hampir 80 peratus rumah tersebut sudah hangus.

“Bomba kemudian mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran,” kata beliau di sini.

Menurut beliau, setakat ini punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang anak pasangan itu, Ruzilawati, 38, berkata, ibunya ada menghubungi telefon bimbitnya pada pukul 4.10 pagi namun dia tidak menyedari kerana sibuk di dapur.

“Beberapa minit kemudian saya cuba menghubungi ibu semula tetapi selepas beberapa kali mencuba panggilan saya tidak dijawab menyebabkan saya gelisah,” kata wanita itu yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ruzilawati memberitahu, dalam keadaan tidak keruan itu tiba-tiba dia menerima panggilan daripada jiran di kampung memaklumkan rumah ibu bapanya terbakar.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusoff berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut beliau, mayat pasangan warga emas itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dekat sini untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga.

Leave a Reply