Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Samsung Bayar Saman Apple USD 1 Billion Guna Duit Syiling 5 Sen

Dunia semalam dikejutkan dengan berita Samsung membayar saman Apple dengan wang syiling selepas kalah di makhamah sebelumnya.

Walau bagaimanapun, menurut sumber yang boleh dipercayai, berita mengenai Samsung membayar saman Apple sebanyak AS $1 Billion dengan wang syiling 5 sen adalah khabar angin dan tidak benar-benar semata-mata.
Continue Reading ...

Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu 'diharamkan'

Apple Inc hari ini menyerahkan senarai lapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati 'meniru' model iPhone dan iPad keluaran Apple.

Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan. Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.

Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'
Continue Reading ...

Cara Bantah 114A Akta Keterangan 2012

Berikut adalah cara bantah dan sertai kempen hentikan seksyen 114A Akta Keterangan Pindaan 2012. Sekarang ni, sudah tersebar dilaman sosial dimana hampir semua pengguna internet tidak bersetuju dengan akta pindaan tersebut. Apakah itu akta keterangan 2012 ? Untuk maklumat lanjut sila layari Tujuan Akta Keterangan 2012 . Apapun akta 114A telah menyekat pengguna untuk kebebasan internet.

Jika anda mempunyai facebook, twitter atau blog, marilah kita menghentikan akta ini. Berikut adalah cara anda untuk sertai kempen bantahan akta keterangan 2012.

Pengguna Facebook Dan Twitter

Langkahnya hanya mudah. Anda boleh Tukarkan Profile Picture (DP) anda kepada gambar kat bawah ni.

Atau menggunakan cover ini pada facebook

Continue Reading ...

Chong Wei dan Pandelela tetamu khas jamuan teh Putera William

Pemenang pingat Olimpik London Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong adalah antara tetamu yang dijemput menghadiri jamuan teh oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini sempena lawatan Duke dan Duchess of Cambridge ke Malaysia pada September ini.

Simon Featherstone berkata Suruhanjaya Tinggi itu akan turut menjemput dua pemenang bertuah 'The Ultimate Royal-Tea Competition', iaitu pertandingan foto anjuran suruhanjaya itu sempena lawatan Putera William dan isterinya Catherine ke Malaysia.

Pertandingan itu yang dibuka kepada semua penduduk Malaysia dibahagikan kepada dua kategori -- bawah 18 tahun dan 18 tahun ke atas -- dengan mengemukakan foto digital diri sendiri, sahabat handai atau kaum keluarga, sedang menikmati teh di lokasi yang kreatif, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

"Kegemaran meminum teh adalah sesuatu yang dikongsi oleh rakyat Malaysia dan Britain," katanya dan menambah foto itu akan diadili berdasarkan keaslian, kreativiti dan kualiti.

Lima puluh penyertaan pertama, selain 50 pemenang kedua, akan menerima sebuah bekas teh Diamond Jubilee edisi terhad yang dicipta khas oleh Boh, dan foto terbaik akan dipamerkan semasa jamuan teh berkenaan, katanya. --

Featherstone berkata untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari http://ukinmalaysia.fco.gov.uk/en/ atau laman Facebook www.facebook.com/bhckl.

Duke dan Duchess akan tiba di Malaysia pada 13 Sept untuk lawatan rasmi tiga hari, termasuk Sabah, selepas melawat Singapura dari 11 hingga 13 Sept selain ke Kepulauan Solomon (16-18 Sept) dan Tuvalu (18-19 Sept).

Beliau berkata lawatan ini menyusuli lawatan pasangan diraja itu ke Kanada dan Los Angeles tahun lepas. - Bernama
Continue Reading ...

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2012 Malaysia

Tarikh hari raya puasa atau Aidilfitri dijangka jatuh pada 19 Ogos 2012 di Malaysia. Berdasarkan sumber dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, anak bulan Syawal dapat dilihat pada 18 Ogos 2012 bersamaan 29 Ramadan .

Oleh itu, hari raya akan dijangkakan pada 19 Ogos ini. Anak bulan syawal adalah sangat penting untuk menentukan tarikh hari raya puasa. Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Continue Reading ...

Permohonan E-GTukar Sesi Januari 2013

Kepada semua guru, anda boleh buat Permohonan Pertukaran Guru (eGTukar) bagi sesi Januari 2013. Dimaklumkan bahawa tarikh permohonan dibuka melalui 1-30 September 2012 di aplikasi e-GTukar. Pertukaran ini melibatkan antara Bahagian / Negeri, Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran Sesi Januari 2013

Cara Mohon EGTukar

Sila layari Applikasi Permohonan Egtukar Januari 2012

Sebelum membuat permohonan, sila baca panduan online mohon Egtukar

Untuk mengelakkan masalah ketika membuat permohonan, anda dinasihatkan untuk menggunakan Internet Explorer sahaja. Semua guru boleh menyemak dan mengemaskini maklumat di e-Operasi (bermula 1 – 27 Ogos 2012).
Continue Reading ...

Ayu Raudhah kini bertudung

Alhamdulillah, pelakon jelita Ayu Raudhah mengesahkan kini sudah bertudung. Berkat bulan kemuliaan Ramadhan ini, ramai selebriti mengambil keputusan untuk mengubah penampilan kepada lebih Muslimah. Katanya, dia selesa dengan penampilan terbaru ini dan suaminya menyokong perubahan ini.

MH Online telah mendapatkan pengesahan daripada Ayu Raudhah berhubung dirinya yang kini sudah berhijab.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Ayu memberitahu dia sudah lama berhajat untuk bertudung, namun hatinya baru terbuka apabila pulang dari mengerjakan umrah, awal Ogos lalu.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini,” ujar Ayu.
Continue Reading ...

Cerita Sebenar Kenapa Monorel Tidak Berfungsi Semalam & Video Monorel Terkandas Di Brickfields KL

Video youtube Monorel rosak dan terkandas di Brickfields KL Selama 2 Jam ini telah membuatkan ramai penumpang panik. Ada yang pengsan akibat kekurangan osigen dalam tren monorel tersebut. Dalam kejadian berlaku jam 2 petang, kira-kira seramai 183 orang penumpang yang berada didalam monorel yang rosak dan terkandas tiba-tiba itu terpaksa menunggu selama sejam sebelum tiba bantuan dari pihak bomba untuk menyelamatkan mereka.

Petikan Akhbar UTUSAN MALAYSIA

Tren tersebut dipercayai hilang kuasa akibat terlebih muatan lalu terkandas. Tren dua gerabak itu yang bermula dari Stesen KL Sentral bergerak dari Stesen Tun Sambanthan selepas mengambil penumpang. Bagaimanapun, tidak sampai 100 meter selepas stesen itu. Seorang wanita yang hamil empat bulan mengalami sesak nafas manakala dua penumpang lain cedera ringan akibat terkena serpihan kaca kerana cuba memecahkan kaca tren tersebut dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Seorang penumpang, Muhaimi berkata, gerabak itu yang dalam perjalanan dari KL Sentral ke pusat bandar raya tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap.

“Kami bagaikan berada dalam ketuhar dan sukar bernafas,” kata Mohd Muhaimi Azraie, 15, menceritakan detik cemas dia dan 182 penumpang terperangkap lebih sejam dalam gerabak KL Monorel yang terkandas berhampiran Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields.

“Ada beberapa penumpang menjerit apabila monorel terhenti tiba-tiba dan saya dapat rasakan gerabak itu senget.

“Pada masa itu, saya lihat pemandu monorel itu sibuk memeriksa kerosakan, tapi selepas lebih 20 minit, dia masih gagal membaikinya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila ada penumpang menangis dan mengalami sesak nafas malah ada yang pengsan.

“Kami bernasib baik apabila anggota bomba dan penyelamat datang membantu mengeluarkan kami,” katanya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam gerabak monorel.

Berikutan itu, katanya, sepasukan 47 anggota bomba bersama enam jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Tindakan pertama kami ialah menghantar anggota ke atas untuk memecahkan tingkap gerabak bagi membolehkan udara masuk dan mengurangkan kepanasan.

“Seterusnya, kami menggunakan tangga cakera putar (TTL) untuk menurunkan mangsa dari landasan pada ketinggian kira-kira 25 meter.

“Operasi ini sebagai berjaya kerana tidak mengalami sebarang kesukaran, malah pihak pengurusan monorel turut memberi kerjasama,” katanya.

Katanya, seramai 63 mangsa dikeluarkan anggota bomba, manakala 120 penumpang lagi dipindahkan ke Stesen Monorel Tun Sambanthan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Kecemasan KL Monorel.

“KL Monorel mempraktikkan segala prosedur kecemasan yang dipelajari dalam latihan bersama kami sebelum ini bagi menghadapi kemungkinan,” katanya.

Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari masalah teknikal.

Video Monorel Terkandas Di Brickfields KL :

Continue Reading ...

Adakah pingat emas Olimpik betul-betul diperbuat daripada emas?

Mungkin ramai di antara anda seperti saya juga ingin tahu betulkah pingat emas di Olimpik adalah di buat dari emas tulen atau tidak. Setelah bertanya kepada encik Google inilah jawapan yang saya dapat. Mari kita saksikan.

Untuk sukan Olimpik di London pada 2012 ini Pingat emas mengandungi 93% silver, 6% tembaga dan emas hanyalah 1% atau dalam gram hanyalah 6 gram emas. Untuk perak pula ianya mengandungi 92% silver dan 8% tembaga. Mankala Gangsa pula dibuat daripada 97% tembaga, 2.5% zink dan 0.5% timah.

Jika dilihat dari segi value pula, rasanya harga sekarang pingat emas tu hanyalah dalam RM2500. Dan jika value inilah yang menjadi buruan semua atlit seluruh dunia sudah pasti ramai yang tidak mahu menyertai olimpik. Tetapi mereka memburu emas bukan sekadar untuk mendapat emas, emas yang di cari adalah dari segi kemashuran menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik dari seluruh dunia.
Continue Reading ...

Gambar Manis Natasha Hudson Bertudung

Gambar diatas adalah gambar palakon popular Natasha Hudson Bertudung. Kelihatan sungguh manis dan jelita. Diharapkan belia akan sentiasa mengenakan tudung.
Continue Reading ...

Johari Pain Minta Maaf Hina Pandelela Di Facebook

Johari Pain dengan status di twitter minta maaf kerana menghina Pandelela di facebook dan tidak akan menang pingat emas dalam acara olimpik 2012. Bukan sahaja menghina malah turut berhasrat untuk memotong anunya untuk membuktikan bahawa dakwaannya adalah benar. Status tersebut telah membuatkan Pandelela memenangi gangsa tanpa disangka. Kat bawah ni adalah status mohon maad Johari Pain.

Continue Reading ...

Pandalela Rinong Menang Pingat Gangsa Sukan Olimpik!

Pandelela Rinong berjaya memperoleh tempat ketiga dalam Sukan Olimpik, sekali gus menyumbang pingat kedua kepada negara.

Ratu terjun negara itu membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat - gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga acara akhir 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik London, sebentar tadi.

Pandelela memungut 359.20 mata dalam saingan yang berakhir sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam acara itu, pingat emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang perak dibawa pulang oleh Brittany Broben dari Australia (366.50 mata).

Dengan kejayaan penerjun muda dari Sarawak ini, Malaysia setakat ini telah mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012.

Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei mengutip pingat perak Sabtu lalu menerusi badminton perseorangan yang tewas kepada jaguh China, Lin Dan pada perlawanan akhir.

Kejayaan Pandalela memenangi pingat gangsa membuktikan acara selain daripada badminton dan basikal yang disandarkan membawa pulang pingat emas, mampu dicapai tanpa tekanan dan itulah yang dilakukan Pandalela.

Kini acara terjun berpotensi berkembang dan tidak mustahil Malaysia akan membawa pulang pingat emas dari acara ini dan bukannya badminton setelah penantian sejak 1956 berterusan.
Continue Reading ...

Kad kahwin Ustaz Don Daniyal yang kreatif

Selepas membuat pengakuan telah bertunang baru-baru ini, pasti ramai yang teruja untuk mengetahui tarikh perkahwinan Ustaz Don Daniyal. Terima kasih kepada seorang pembaca yang mengirimkan gambar kad perkahwinan Ustaz Don dan Husna seperti di bawah. Comel sangat kad kahwin ini. Cute gila kan?

Sayangnya tidak pula dinyatakan bila tarikh perkahwinan akan dilangsungkan antara Ustaz Don Daniyal dan Husna. Apa pun ucapan tahniah sangat-sangat kepada pasangan ini atas berita gembira ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan rumah tangga yang dibina kekal abadi sehingga ke akhir hayat.
Continue Reading ...

Pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain kini bertudung

Terbaru pengacara Malaysia Hari ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain yang kini telah mengenakan hijab.

Penghijrahan yang dilakukan pengacara ini nyata mendapat reaksi positif peminat-peminat apabila gambar yang dimuat naik di Facebook MHI TV3 ini telah mendapat pujian sambil berharap agar imej ini terus dikekalkan.

Semoga penghijrahan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan mendapat keredhaan daripada Allah.
Continue Reading ...

Zizan Buat Rumah Terbuka Pada Raya Ke-3

Selepas menumpukan sebulan untuk berpuasa di bulan Ramadhan, pelakon dan pelawak negara, Zizan akan mengadakan sambutan rumah terbuka untuk peminat-peminatnya pada Hari Raya Aidilfitri yang ketiga nanti.

Zizan bakal mengadakan rumah terbuka itu di kampung halamannya dia Terengganu.
Tujuan Zizan mengadakan rumah terbuka adalah kerana mahu meraikan peminat-peminatnya yang tidak pernah penat dan jemu untuk menyokong kerjaya seninya.

“Saya dah rancang untuk buat ‘Open House’ dengan family dekat kampung nanti. Jadi sapa yang nak datang tu dipersilakanlah. Tahun ni tema baju raya saya sekeluarga ialah Oren tema keluarga orang lain saya tak tahu la.

“Kalau nak datang pakai baju oren pun digalakkan. Sebelum terlupa ‘Open House’ tu nanti akan dibuat pada hari Raya ke 3,” kata Zizan yang dipetik dari Buahmulut.com.
Walaupun Zizan dilihat masih lagi aktif bekerja di bulan puasa berbanding artis-artis lain, dia mengakui banyak melakukan amal-amal untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Justeru itu, Zizan mengambil peluang di bulan suci ini untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik walaupun tidak membantu dari segi wang ringgit.

“Dah menjadi kewajipan setiap dari kita yang berkemampuan untuk membantu apa yang terdaya kepada golongan yang memerlukan.
“Tidak kiralah dalam apa bentuk sumbangan pun dan tak semestinya wang ringgit. Terutamanya dalam menyambut Hari Raya yang akan datang nanti,” katanya.
Continue Reading ...

Emaliza Lizaema – Gadis Yang Hina Negeri Sabah Di Facebook

Itu lah pepatah yang boleh kita gunakan kepada seorang hamba ALlah yang telah menghina negeri Sabah. Emaliza Lizaema atau lebih dikenali dengan nama Ema telah menaikkan status menghina negeri Sabah..

Facebook Emaliza Lizaema telah di FLAG oleh pengguna facebook dari Negeri Sabah dan akhirnya pihak Facebook telah pun deleted akaun facebook Emaliza Lizaema .

Itulah.. bila mulut tuh macam bangkai.. Cakap siang sila la pandang kiri dan kanan. Untuk pengetahuan juga, beberapa fanpage mengutuk Emaliza Lizaema juga telah di hasilkan. Sungguh kuat kesannya di Facebook ni.. Itu lah padah nya..

Continue Reading ...

Nuffnang Kini Berwajah Baru

Aku yang baru tahu ke atau korang semua dah tahu sebenarnya? kebetulan baru je tadi nak login dalam akaun Nuffnang aku yang memang menjadi rutin harian nak tengok statistik blog setiap hari.. tapi yang memeranjatkan aku adalah bila aku taip je url www.nuffnang.com.my terus dipaparkan interface seperti dibawah ni.

Jadi memang benarlah yang diwar-warkan pada event Nuffnang Blogopolis minggu lalu tentang penukaran antaramuka nuffnang pada bulan ni.. so rasanya hari ini dia orang dah bertukar wajah sepenuhnya.

Jom tengok apa lagi yang menarik dengan wajah baru ni..

nuffnang 2012 berwajah baru 1

Paling menarik yang aku tengok berita-berita terkini dari nuffnang kalau nak baca dia beranimasi seperti buku.. memang kemas & cantik

nuffnang 2012 berwajah baru 2

Untuk bahagian earning pulak.. mula-mula aku confius sikit sebab mana satu buffered earningmana satu metered earning, rupanya dia orang dah gabungkan dalam satu colum je.. kalau dapat buffered earning status tu tulis “On Going” kalau dah metered status “Credited”.. banyak istilah dah bertukar rupanya.. (aku pun masih dalam proses nak fahamkan satut persatu sebenarnya)

nuffnang 2012 berwajah baru 3

Pada bagaian statistik pulak nampak macam sama sebelum ni.. cuma kalau korang ada lebih dari satu blog tu akan disenaraikan dalam Blog Manager..

Pada pandangan peribadi aku, oklah cantik & kemas.. kata orang tu sesekali buat pembaharuan tu menarik juga.. taklah sepanjang sepuluh tahun guna tema yang sama je.. (perli diri sendiri sebab themes untuk blog sendiri pun dah lama tak tukar-tukar.. hehehe)

Apa pun itu pada pandangan mata aku.. macam mana pulak dengan pandangan mata korang.. apa komen korang tentang interface baru ni.

Sumber 100% : http://www.myvitrd.com/

Continue Reading ...

Gambar Hanis Zalikha Di Sebalik Tabir Gangster Celop

Hanis Zalikha, blogger hot, seksi, cantik, berbakat dan Da Bomb! Ya. Kami bukan memuji kosong, tapi ini merupakan kenyataan yang anda perlu tahu.

Selepas tampil dalam drama bersiri ‘Memberku Hawa’ di TV3, kini Hanis terus mengorak langkah dalam bidang lakonan dan kini beliau bakal tampil sebagai heroin dalam filem Gangster Celop.

Filem ini merupakan gabungan antara dua nama besar syarikat produksi iaitu Skop Production dan Excellent Picture.

Gangster Celop yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun 2013 ini masih lagi dalam penggambaran dan ini merupakan gambar yang kami cilok dari blog rasmi Hanis Zalikha.




Continue Reading ...

Ajai Sifatkan Gosip Bakal Bergelar Datuk Dalam Masa Terdekat Tidak Benar

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Ajai kononnya akan menerima penganugerahan yang membawa kepada gelaran Datuk.

Melalui laporan mStar Online hari ini, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 36, berkata, gosip tersebut hanya khabar angin mengarut.

“Saya dan isteri baru sahaja membaca gosip tersebut dan ia tidak benar sama sekali. Saya terkejut dengan khabar angin ini, kelakar pun ada juga.

“Saya pun tak tahu daripada mana berita itu diperoleh. Entahlah, mungkin terdapat mana-mana pihak yang tersilap memberi pendapat,” katanya yang dihubungi wartawan.
Continue Reading ...

Kanak-kanak 5 Tahun Putus Jari Terkena Mercun Bola

Lagi mangsa mercun bola dalam bulan Ramadhan nie dan kali ini seorang budak lelaki yang berusia 5 tahun telah putus dua jari tangan kiri (jari tengah dan jari manis).

Mercun bola yang meletup ketika mangsa bermain bersama kakak dan rakannya di Kampung Kolam Emas, Gua Musang semalam yang dipegang sebaik sumbu dicucuh seorang rakannya.

#ARTIKEL DARI SINAR HARIAN

Seorang kanak-kanak lelaki, Mohd Shafiq Afandi Ramlee, 5, putus dua jari tangan kiri (jari tengah dan jari manis) terkena letupan mercun bola ketika bermain bersama kakak dan rakannya di Kampung Kolam Emas dekat sini semalam.

Kejadian berlaku pada 9.30 pagi di hadapan sebuah rumah jiran yang hanya terletak 30 meter dari rumahnya, apabila mercun bola yang dipegang mangsa meletup sebaik sumbu dicucuh seorang rakannya.

Kakak mangsa, Nor Ayuni, 16, berkata sebelum kejadian adiknya itu keluar bersama seorang lagi kakaknya, Nor Atirah, 9, pergi ke rumah jiran untuk bermain mercun yang dipercayai dibeli dari kedai tidak jauh dari situ.

Katanya hanya 15 minit mereka berdua pergi terus terdengar bunyi letupan mercun dengan kuat dan selepas itu bunyi tangisan suara adiknya.

"Saya yang rasa bimbang dengan keselamatan mereka berdua cuba keluar ke tepi jalan dan ternampak seorang jiran membawa pulang Mohd Shafiq Afandi dalam keadaan tangan kiri berbalut serta berlumuran darah," katanya ketika di temui di rumahnya, hari ini.

Nor Ayuni berkata kejadian itu dimaklumkan kepada kedua ibu bapanya dan menyuruh beliau segera menghantar Mohd Shafiq Afandi ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan.

Katanya beliau sempat melihat hujung dua daripada lima jari adiknya itu putus hingga keadaan kulitnya terkoyak di samping tiga lagi jari hangus.

"Rasa takut melihat keadaan luka parah dijari Mohd Shafiq Afandi itu, tetapi dia dalam keadaan terkejut turut diam semasa mendapat rawatan di hospital berkenaan," katanya.

Beliau berkata sebelum ini adiknya itu tidak pernah bermain mercun, tetapi biasa bermain bunga api kerana takut dengan bunyi letupan kuat.
Continue Reading ...

Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter

Mesti ramai yang tertanya-tanya, mengapa Tengku Mahkota Johor menutup akaun Twitter? Sebenarnya baginda ingin fokus kepada kehidupan seharian secara peribadi.

Twitter Tengku Mahkota Johor yang mempunyai pengikut seramai 54,622 ini secara rasmi menutup akaun Twitter hari ini.

#ARTIKEL DARI SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, pewaris takhta yang aktif berinteraksi dengan rakyat menggunakan dunia siber, bertitah memaklumkan bahawa baginda memutuskan untuk menutup akaun twitter dan kesemua media sosialnya mulai hari ini.

Dalam satu mesej yang dipos kira-kira 4.30 petang tadi, Tunku Ismail berkata, baginda mahu mulai sekarang memfokus kepada kehidupan dan perkara-perkara yang baginda lakukan "secara peribadi."

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda percaya bahawa "tindakan-tindakan saya, kecintaan dan dedikasi terhadap Johor lebih bermakna berbanding perkataan (tulisan dan mesej); daripada tugasan, tanggungjawab saya dan apa yang saya lakukan bagi Johor dan rakyat Johor."

"Saya mengucapkan anda semoga berjaya dalam hidup anda. Semoga Tuhan memberkati anda semua," kata baginda yang menggunakan akaun @HRHJohor2 sejak 13 November lalu.

Menerusi akaun twitter, baginda mendengar pandangan rakyat selain memberi komen ke atas isu-isu semasa termasuk membalas pandangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung isu WWW 1 yang dibida oleh Sultan Johor.

Berikut ialah mesej penuh Tunku Ismail:

"I would like to take this opportunity to tell You all that I will be closing my twitter account and all social media. Its has been a Pleasure sharing my thoughts, Ideas, Principles and activities with You All. I would like to focus on my Life and the things I do, Privately from now on. I Strongly believe that my Actions, Love, and Dedication towards Johor will speak louder than words; from my Duties, Responsibilities and what I do for Johor and its People. Thank You once again for all the Support. I Wish You All the Best and Success in Life. May GOD Bless You All."

Keputusan Tunku Ismail menerima reaksi bercampur-campur daripada pengikut baginda sebaik sahaja entri itu diposkan.

Setakat jam 5.30 petang tadi baginda mempunyai 54,622 pengikut dan telah pun mengeluarkan 6,763 mesej.


Berikut reaksi beberapa pengikut baginda:

CikSitiZueBee: "@HRHJohor2 All The Best in whatever u do for ur rakyat in Johor.. even I'm not johorian..just wanna say that u r the coolest crownprince :-)."

Imam Abuja: "@HRHJohor2 all the best tuanku!"

Shakila Ezam: "@HRHJohor2 wish you all the best Tuanku! Goodluck! Allah bless you always... Aminnnn. I'm gonna miss you."

Honeyazlan: "@HRHJohor2 My pleasure Tunku...is there any other way to stay in touch wt You, ur highness?"

Noor Azam Shairi: "Better late than never."

Syahidah Adibah: "@HRHJohor2 gonna miss your quotes. May Allah always be with u! Take care."
Continue Reading ...

Warga Emas Rentung Terbakar Sebelum Bersahur

Kebakaran di Felda Pasoh Satu, Jelebu pagi semalam menyebabkan hajat dua warga emas suami isteri untuk bersahur tidak kesampaian apabila rumah mereka hangus dijilat api.

Mayat pasangan suami isteri ini ditemui dalam keadaan rentung di bahaguan ruang tamu rumah.

#ARTIKEL DARI KOSMO!

Hasrat suami isteri warga emas untuk bersahur tidak kesampaian apabila pasangan tersebut ditemui rentung dalam rumah mereka yang terbakar di Felda Pasoh Satu, Jelebu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, dua mangsa yang terkorban ialah Zahari Hassan, 77, dan isterinya, Mariam Abd. Latif, 67. Mayat pasangan itu ditemui di ruang tamu rumah.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, dua jentera bomba bersama 18 anggota dikejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.39 pagi.

“Pasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian tujuh minit kemudian mendapati hampir 80 peratus rumah tersebut sudah hangus.

“Bomba kemudian mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran,” kata beliau di sini.

Menurut beliau, setakat ini punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang anak pasangan itu, Ruzilawati, 38, berkata, ibunya ada menghubungi telefon bimbitnya pada pukul 4.10 pagi namun dia tidak menyedari kerana sibuk di dapur.

“Beberapa minit kemudian saya cuba menghubungi ibu semula tetapi selepas beberapa kali mencuba panggilan saya tidak dijawab menyebabkan saya gelisah,” kata wanita itu yang tinggal di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ruzilawati memberitahu, dalam keadaan tidak keruan itu tiba-tiba dia menerima panggilan daripada jiran di kampung memaklumkan rumah ibu bapanya terbakar.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusoff berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut beliau, mayat pasangan warga emas itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dekat sini untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga.
Continue Reading ...

Staf Lelaki Air Asia Terjun Dari Kapal Terbang

Seorang lelaki yang juga merupakan salah seorang staf Air Asia didakwa terjun dari kapal terbang Air Asia yang sedang bergerak di Lapangan Terbang Miri, Sarawak semalam.

Chong yang berusia 24 tahun ini tiba-tiba bertindak untuk membuka pintu kecemasan pesawat dan menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya untuk membuka pintu kecemasan tersebut.

#ARTIKEL DARI KOSMO!

Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.

Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Kosmo! Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta.

Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.

Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.

"Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.

"Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas," kata saksi itu.

Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.

Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.
Continue Reading ...

Gambar Abby Abadi Berbuka Dengan Norman Dan Memey

Memang terkejut apabila lihat gambar Abby Abadi Berbuka Puasa Dengan Norman Dan Memey. Syukurlah sebab mereka ni dah pun berbaik semula setelah sekian lama bersikap dingin. Mungkin juga sebab bulan puasa ni Abby cuba untuk berubah dan lupakan kisah silam. Sebelum ni, Abby langsung tidak boleh bersua muka dengan isteri bekas suaminya, Memey Suhaiza. Semuanya kerana kes Norman Hakim ditangkap khalwat beberapa tahun lepas bersama Memey di pejabat rasmi Norman.

Kes itu menyebabkan rumah tangga antara Abby dan Norman kecundang walaupun mereka sudah pun dikurniakan dengan tiga orang anak ketika bersama. Semenjak itu, Abby memang langsung tidak boleh bertemu atau bercakap apatah lagi diminta mengulas tentang perkahwinan kedua Norman bersama Memey. Setelah empat tahun mereka seperti ‘berperang’, akhirnya Abby dan Memey telah pun berbaik dan boleh bertentang mata.

Continue Reading ...

Lirik Lagu Langit Menangis OST Dejavu Di Kinabalu

Berikut adalah Lirik Langit Menangis OST tema drama Dejavu di Kinabalu oleh Nazim Othman. Nampaknya drama OST Dejavu di Kinabalu berjaya menarik ramai penonton sejak drama tersebut disiarkan.

Lirik Langit Menangis Dejavu Di Kinabalu

Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
dikau bak cahaya
penyuluh jalan gelita

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti

Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
apakah silapnya aku

Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti

Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

Continue Reading ...

Video menarik Petronas 2012 Raya, Merdeka dan Malaysia day

Petronas di laman youtube rasmi mereka baru sahaja melancarkan sebuah video menarik bersempena hari raya, merdeka dan Malaysia day.

Anda boleh menonton di bawah:

Continue Reading ...

Replika promosi ramadhan botol arak Soju di Pulau Pinang dibuang

Untuk pengetahuan anda, replika botol arak dalam gambar di atas telah lama berada di situ.

Dan atas aduan dari pelbagai pihak mendakwa pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan hari raya Aidilfitri turut mengakui melakukan kesilapan namun ia bukan disengajakan.
Continue Reading ...