Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Video rakaman kelibat UFO di Sunway

Sesuatu yang boleh disifatkan sebagai jarang berlaku di negara kita Malaysia, satu kejadian yang menjadi bualan orang ramai berkaitan kehadiran UFO di ruang udara negara ini.

[Tonton video di bawah artikel]

Kejadian itu telah dirakamkan oleh John Tan ketika sedang asyik menikmati makan malam bersama rakannya di Sunway Mentari pada pertengahan Julai seperti yang dilaporkan portal mStar.

Namun menurut pakar, kesahihan kejadian tersebut telah dinafikan dan menyatakan ia sekadar fenomena alam.

Keesokan selepas rakaman dibuat, Tan, 29, telah memuat naik rakaman kejadian berkenaan di YouTube dan dikunjungi hampir 1,000 orang.

Menurut Tan, kejadian itu berlaku dalam tempoh yang lama dengan kelihatan cahaya lampu berkelipan.

Berdasarkan visual yang dipaparkan di Youtube, kelihatan dua objek berkenaan bercahaya putih dan kebiruan yang berkerdipan sedang bergerak seperti sebuah pesawat di ruang udara.

“Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami pertama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

“Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John seperti dilaporkan.

Leave a Reply