Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara

Berita gembira buat penjawat awam seluruh Malaysia, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib pada hari ini telahpun mengumumkan pemberian Bonus Raya 2012 sebanyak setengah bulan gaji dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 500 kepada pesara kerajaan.
25 JULAI, Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan semua penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan Bonus Aidilfitri.
Bonus tersebut berjumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM500 utk pesara kerajaan.
Bayaran bonus ini akan diberikan kepada penerima pada 9 0gos 2012. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Diharapkan pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bonus ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
bonus raya 2012 rm 500 pesara PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara!Kami pasti, berita ini adalah berita yang paling dinanti-nanti oleh semua penjawat awam tahun ini. Setelah menerima kenaikan gaji pada tahun ini, ditambah pula dengan pengumuman bonus raya, sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan beban dan juga masalah kewangan kakitangan awam.
Apa-apapun, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian Allah S.W.T kepada kita.Diharap, pengumuman bonus raya untuk tahun 2012 ini memberikan senyuman kepada anda semua.

Leave a Reply