Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Penjelasan Zed Zaidi Mengenai Isu Gambar Kemalangan

Sebelum ni, kita telah dikejutkan dengan gambar Zed Zaidi kemalangan dan cedera parah tersebar. Zed Zaidi memberi penjelasan bahawa ianya hanyalah lakonan untuk sebuah drama. Lantaran daripada penyebaran foto tersebut, ramai peminat telah mempercayai adegan tersebut walhal ianya bukanlah realiti.

Penjelasan Zed Zaidi

“Saya sedang berlakon babak kemalangan, memang kena ‘real’. So, ramai ‘extra’ yang digunakan dan ada yang berlakon seperti orang awam yang sedang melihat kemalangan,” jelas Zed Zaidi menerangkan situasi yang berlaku.

Pendek kata, apabila berlaku kemalangan, pasti ramai orang awam yang cuba membantu malah ada yang merakam video serta mengambil gambar. Mungkin gambar-gambar yang diambil sewaktu babak tersebut dijadikan bahan perkongsian di laman-laman sosial.

“Mungkin mereka yang berkongsi gambar itu tidak tahu hal sebenar. Saya pun tahu melalui PA saya apabila beberapa rakan menghubunginya,” jelasnya.

Dia juga memaafkan semua pihak yang menyebarkan khabar angin tersebut dan menyatakan itu merupakan asam garam sebagai ‘public figure’ yang pastinya selalu akan diperhatikan. Selain itu, Zed juga ingin memberi nasihat kepada semua pihak supaya tidak menyampaikan berita yang tidak sah serta melalui sumber yang tidak tepat.

Leave a Reply