Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Malaysia vs Manchester City 30 Julai Ini

Manchester City mengesahkan kehadiran mereka buat pertama kalinya ke Malaysia bagi pertemuan menentang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Julai nanti.

Ketua Pegawai Jenama Komersial Manchester City, Ian Cafferky, berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini adalah peluang untuk peminat pasukan Sky Blues melihat permainan Manchester City secara dekat.

Tiket perlawanan Malaysia VS Manchester City boleh dibeli melalui Ticketpro www.ticketpro.com.my - dijual pada harga RM58, RM68, RM108, dan RM388 (VIP).

Leave a Reply