Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Lirik Lagu dan Video Muzik AdaMu dari Najwa Latif


AdaMu adalah lagu terbaru dari Najwa Latif dilancarkan bersempena Ramadhan ini untuk peminat.

Lagu AdaMu ini sebenarnya telah dihasilkan pada Ramadhan yang lalu dan lirik lagu ditulis oleh kakaknya sendiri iaitu Ika. Lagu ini ditujukan khas buat peminat setia Najwa Latif yang merinduinya kerana beliau dikatakan sedang berehat dari sebarang aktiviti musik dan sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan SPM yang bakal dihadapi tahun ini.

AdaMu dilancarkan melalui video musik yang dilancarkan di saluran you tube Najwa Latif.

AdaMU
Lagu: Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik: Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Najwa Latif akan lebih menyerlah tidak lama lagi lagi-lagi apabila sudah tamat SPM kelak dimana beliau pasti dapat berlatih dan menumpukan sepenuh perhatian pada bidang musik.

Leave a Reply