Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2012

Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.


Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2012 :
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM7.60/RM7/RM4.50.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM8/RM5.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.50.
  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7.
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah dikawasan dimana kita mencari rezeki.
Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).

Lafaz Zakat Fitrah :
  • Bagi Diri Sendiri - ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  • Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan - ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  • Bagi Pihak - ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.

Leave a Reply