Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Diana Amir Bakal Kahwin Dengan Ustaz Tahun 2013?

Dalam temubual, Diana Amir atau nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.

Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.

“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”

Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika dijodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.

Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.

“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.

Leave a Reply