Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Chong Wei Kini Berpangkat Leftenan Komander

Datuk Lee Chong Wei semalam menerima pengtauliahan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSS- TLDM) daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Chong Wei berkata anugerah tersebut yang berkuat kuasa 1 Mei lepas sekurang- kurangnya memberi dorongan kepadanya dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik London 2012 hujung bulan ini.

“Anugerah ini menyuntik semangat saya untuk bermain dengan lebih baik, tambahan pula saya baru pulih daripada kecederaan kaki yang dialami pada Piala Thomas yang lalu.”

Beliau berkata demikian pada majlis yang berlangsung di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur semalam.

Chong Wei yang bakal melangsungkan perkahwinannya tahun depan berkata, penyertaannya pada Sukan Olimpik kali ini adalah yang terakhir, dan segala perancangan mengenai perkahwinannya hanya akan diumumkan selepas temasya sukan itu.

“Sekarang saya hanya fokus kepada latihan untuk memberi persembahan terbaik dan memperoleh pingat untuk negara,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pengtauliahan pangkat itu, Chong Wei berharap ia mampu menggalakkan lebih ramai ahli sukan profesional menyertai pasukan beruniform seperti PSSTLDM.

“Sebagai penerima pangkat, saya akan berkongsi segala pengalaman, suka duka sebagai atlet yang berjaya mempertahan kedudukan ranking No. 1 dunia selama empat tahun berturut-turut,” katanya.

Chong Wei menduduki ranking No. 1 dunia mulai 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, penganugerahan pangkat kehormat adalah untuk mengiktiraf peranan sektor awam dan swasta dalam usaha menarik minat lebih ramai golongan profesional menyertai PSSTLDM.

Leave a Reply