Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Video rakaman kelibat UFO di Sunway

Sesuatu yang boleh disifatkan sebagai jarang berlaku di negara kita Malaysia, satu kejadian yang menjadi bualan orang ramai berkaitan kehadiran UFO di ruang udara negara ini.

[Tonton video di bawah artikel]

Kejadian itu telah dirakamkan oleh John Tan ketika sedang asyik menikmati makan malam bersama rakannya di Sunway Mentari pada pertengahan Julai seperti yang dilaporkan portal mStar.

Namun menurut pakar, kesahihan kejadian tersebut telah dinafikan dan menyatakan ia sekadar fenomena alam.

Keesokan selepas rakaman dibuat, Tan, 29, telah memuat naik rakaman kejadian berkenaan di YouTube dan dikunjungi hampir 1,000 orang.

Menurut Tan, kejadian itu berlaku dalam tempoh yang lama dengan kelihatan cahaya lampu berkelipan.

Berdasarkan visual yang dipaparkan di Youtube, kelihatan dua objek berkenaan bercahaya putih dan kebiruan yang berkerdipan sedang bergerak seperti sebuah pesawat di ruang udara.

“Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami pertama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

“Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John seperti dilaporkan.

Continue Reading ...

Profil Johan Dan Zizan

JOZAN adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. diorang start gabung bila jadi pengacara Raja Lawak Musim Kedua. sampai sekarang diorang still pegang rancangan tu. da masuk Musim Keenam. actually, fya sendiri tak berminat tentang gosip artis ni. tapi, start tengok Maharaja Lawak, baru nampak yang diorang ni best sangat. start dari tu, mula lha suka ngan diorang ni. Lawak Ke Der, Super Spontan and so on. siap hafal dialog kot. terhafal sebab asek tengok je. HAHA.

Nama Penuh : Mohamad Yazid Bin Mohamad Aziz
Nama Gelaran : Johan, Ah Chai
Asal : Ampang, Selangor
Status : Berkahwin
Tarikh Lahir : 13 Jun 1984
Umur ( 2012 ) : 28 Tahun
Nama Twitter Sebenar : @JohERAJohERA *yang lain, semua fake.

Nama Penuh : Razizan Bin Abdul Razak
Nama Gelaran : Zizan, Mael Lambung
Asal : Dungun, Terengganu
Status : Bujang
Tarikh Lahir : 15 April 1984
Umur ( 2012 ) : 28 Tahun
Nama Twitter Sebenar : @zizanrajalawak *yang lain, semua fake.
Sumber asal : fyapelangi
Continue Reading ...

Anjing mati kena mercun bola

Angkara pertikaian hutang RM6,000 antara dua rakan, seekor anak anjing menjadi korban letupan mercun bola yang dibalingkan ke sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini baru-baru ini.

Kejadian pada pukul 3.30 petang Jumaat lalu bukan saja menakutkan penghuni rumah yang gagal membayar hutang malah turut menggemparkan penduduk lain di seluruh taman itu yang mulanya menyangka letupan tersebut berpunca daripada ledakan bom.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, polis mulanya menerima maklumat terdapat kejadian letupan bom di halaman sebuah rumah di Taman Tang Ling

“Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebelum siasatan mendapati bunyi letupan kuat yang disangka bom sebenarnya letupan segumpal mercun bola.

“Akibat letupan kuat tersebut, seekor anak anjing milik penghuni rumah terbabit mati dipercayai terkena percikan api daripada mercun tersebut,” kata beliau.
Continue Reading ...

Tasha Shilla Jual Biskut Raya di Bazar Sempena Ramadan

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ramailah umat Islam berkunjung ke bazaar-bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Peniaga-peniaga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk meningkatkan pendapatan di bulan Ramadhan.

Ia juga tidak terkecuali pada selebriti yang kami pasti sudah ramai mengenali dirinya. Tasha Shilla, 25, apabila dia di laman Twitter rasminya menulis bahawa dia telah membuka sebuah kedai menjual biskut raya, “Gemilang Tasha Shilla Cookies”. Menurut Tasha Shilla lagi, kedainya ini terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur berdekatan dengan pintu gerbang.

Kepada anda yang berminat atau mahu mengambil kesempatan ini untuk bertemu Tasha Shilla, inilah masanya untuk anda pergi buat-buat beli kuah raya dan minta tandatangan Tasha sekali ya!
Continue Reading ...

Diana Amir Bakal Kahwin Dengan Ustaz Tahun 2013?

Dalam temubual, Diana Amir atau nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.

Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.

“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”

Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika dijodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.

Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.

“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.
Continue Reading ...

Gambar Shila Amzah Bertudung Yang Comel

Memang sangat cun apabila Shila Amzah bertudung ketika bulan ramadhan. Kesemua gambar ni dimuat naik di laman facebook oleh Shila Sendiri. Sempena bulan yang mulia ini, Shila mengambil kesempatan untuk berubah dan mengenakan tudung. Tahniah diucapkan kepada Shila.

gambar shila amzah bertudung

gambar shila amzah bertudung

gambar shila amzah bertudung

gambar shila amzah bertudung

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/yy/shilatudung9.jpg

Continue Reading ...

Polis Sahkan Eksekutif TV9 Mati Dijerut, Suspek Direman Petang Ini

Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini
.

Bilik dimana Syaleza ditemui

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama




Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Continue Reading ...

Penjelasan Zed Zaidi Mengenai Isu Gambar Kemalangan

Sebelum ni, kita telah dikejutkan dengan gambar Zed Zaidi kemalangan dan cedera parah tersebar. Zed Zaidi memberi penjelasan bahawa ianya hanyalah lakonan untuk sebuah drama. Lantaran daripada penyebaran foto tersebut, ramai peminat telah mempercayai adegan tersebut walhal ianya bukanlah realiti.

Penjelasan Zed Zaidi

“Saya sedang berlakon babak kemalangan, memang kena ‘real’. So, ramai ‘extra’ yang digunakan dan ada yang berlakon seperti orang awam yang sedang melihat kemalangan,” jelas Zed Zaidi menerangkan situasi yang berlaku.

Pendek kata, apabila berlaku kemalangan, pasti ramai orang awam yang cuba membantu malah ada yang merakam video serta mengambil gambar. Mungkin gambar-gambar yang diambil sewaktu babak tersebut dijadikan bahan perkongsian di laman-laman sosial.

“Mungkin mereka yang berkongsi gambar itu tidak tahu hal sebenar. Saya pun tahu melalui PA saya apabila beberapa rakan menghubunginya,” jelasnya.

Dia juga memaafkan semua pihak yang menyebarkan khabar angin tersebut dan menyatakan itu merupakan asam garam sebagai ‘public figure’ yang pastinya selalu akan diperhatikan. Selain itu, Zed juga ingin memberi nasihat kepada semua pihak supaya tidak menyampaikan berita yang tidak sah serta melalui sumber yang tidak tepat.
Continue Reading ...

Gambar Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan

Sebuah kapal meletup di jeti Petronas labuan pada awal pagi tadi 26/7/2012. Enam orang dikhuatiri mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini, meletup.


Kejadian letupan kapal minyak itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.


kapa
.

gambar Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan 26/7/2012
.

gambar kapal meletup
.

Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan 26/7/2012
.

Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan 26/7/2012

Continue Reading ...

Isu Zed Zaidi Kemalangan : Mamat Sepah Maki Hamun Di Twitter

Hilang mengantuk kami pagi-pagi buta begini bila baca status status Mamat Sepah di laman twitter. Mengalahkan Samseng kampung pisang. Eh.

Untuk makluman, keadaan panik yang mengatakan Zed Zaidi kemalangan semalam sebenarnya berpunca daripada satu gambar yang dikirim oleh Mamat Sepah di Twitter.

Walaupun gambar tersebut disahkan sebagai salah satu babak dalam drama dan bukan kemalangan sebenar, Mamat masih enggan meminta maaf.

Teguran beberapa individu daripada pihak media membuatkan pelawak ini melatah dan berlagak samseng termasuk menghamburkan kata-kata kesat kepada seorang wartawan, Hazrey.

Sebenarnya kami ragu-ragu juga dengan tahap kesamsengan Mamat Sepah adakah sekadar berada pada tahap 10% atau 15% saja.

Bukan apa, kena tinggal dengan awek pun menangis inikan pula mahu ajak orang lain bertumbuk. Apa dia ingat orang lain tiada kaki dan tangan?

7DIfS.jpg (500×238)

KzT9d.jpg (500×498)

wngn6.jpg (500×393)

Sumber : klhive.com

Continue Reading ...

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2012

Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.

Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2012 :
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM7.60/RM7/RM4.50.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM8/RM5.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.50.
  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7.
  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7.
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah dikawasan dimana kita mencari rezeki.
Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).

Lafaz Zakat Fitrah :
  • Bagi Diri Sendiri - ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  • Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan - ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  • Bagi Pihak - ‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.
Continue Reading ...

PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara

Berita gembira buat penjawat awam seluruh Malaysia, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib pada hari ini telahpun mengumumkan pemberian Bonus Raya 2012 sebanyak setengah bulan gaji dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 500 kepada pesara kerajaan.
25 JULAI, Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan semua penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan Bonus Aidilfitri.
Bonus tersebut berjumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM500 utk pesara kerajaan.
Bayaran bonus ini akan diberikan kepada penerima pada 9 0gos 2012. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Diharapkan pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bonus ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
bonus raya 2012 rm 500 pesara PM Umum Bonus Raya Setengan Bulan Gaji Dan RM 500 Kepada Pesara!Kami pasti, berita ini adalah berita yang paling dinanti-nanti oleh semua penjawat awam tahun ini. Setelah menerima kenaikan gaji pada tahun ini, ditambah pula dengan pengumuman bonus raya, sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan beban dan juga masalah kewangan kakitangan awam.
Apa-apapun, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian Allah S.W.T kepada kita.Diharap, pengumuman bonus raya untuk tahun 2012 ini memberikan senyuman kepada anda semua.
Continue Reading ...

Tutorial untuk register Sold.my

Sold.my ialah laman web lelong inovatif yang menawarkan pengguna peluang untuk memenangi mewah jenama baru dan produk dan perkhidmatan gaya hidup pada harga yang sangat diskaun. Pelbagai item untuk lelongan setiap hari. Ini termasuk, PS3, iPads, iPhone, Wii, kamera digital, set tv, tiket penerbangan ke destinasi popular, hotel dan baucar spa dan banyak lagi.

Cara-cara atau tutorial untuk register Sold.my ialah seperti berikut :
  • Daftar 100% percuma disini : DAFTAR atau disini http://www.sold.my/?afcd=friend&friend_id=5b4058f94f8f4f3c2db6c910ce666145d1e09197 (berkupon)
  • Anda akan dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan.
  • SMS pengesahan kod bagi butir-butir peribadi anda akan dihantar dan anda perlu isi kod tersebut pada ruangan yag disediakan.
  • Mula bit harga mengikut kehandak anda seeloknya beli token dulu.
  • Beli token disini : http://www.sold.my/member/buy_bids.
  • Tunggu masa dan harga yang sesuai untuk bit.
  • Bit yang tertinggi akan mendapat memenangi lelongan sehingga harga lebih 90% rendah daripada harga yang ditawarkan seperti gambar dibawah ini harga iPhone 4S hanya RM4.69 sahaja!!! dan MacBook hanya RM1.78!!!
Continue Reading ...

Vios Terbang di Mersing

Kalau difikirkan macam mana kereta Toyota Vios nie boleh bertenggek di atas bukit tersebut ‘kan?

Tapi inilah kenyataannya apabila seorang pemandu yang dipercayai wanita (berbaju kurung hijau) telah hilang kawalan sehingga kereta tersebut ‘memanjat’ tembok bukit tersebut.

Menurut sumber kejadian ini berlaku di Felda Nitar Mersing, Johor. Berhati-hati semasa di bulan puasa tambah-tambah lagi nak balik raya nanti.

Sumber : http://www.rileks.my
Continue Reading ...

Isu logo kemerdekaan ke-55 tahun 2012

Pelbagai isu yang timbul dengan logo kemerdekaan Ke-55 untuk tahun 2012. Tak tahu dari mana datangnya, tapi sememangnya design ini menimbulkan rasa tidak senang kepada para designer di luar sana. Ianya tak layak dinamakan “logo” sebenarnya. Logo yang digunakan ini juga mengundang rasa tidak puas hati orang ramai apabila logo ini dikaitkan dengan politik. Semestinya ramai yang mampu menilai apa yang cuba ingin dilakukan.

Penjelasan mengenai logo ini juga, ibarat kerja mudah. Buat logo tampal-tampal, kemudian buat huraian tentang logo ibarat karangan budak darjah 6. Apalah nak jadi.

Anda sendiri pun boleh buat dalam masa tak sampai 5 minit. Rasanya masih sempat kalau nak tukar logo lain. Come on lah! Berikut adalah lakaran logo oleh rakan blogger, Abdus Fauzi di mana kami rasakan, jauh lebih baik jika ianya digunakan berbanding logo sekarang.

Ini juga mungkin lebih menarik:

Update: Sebuah page di Facebook akhirnya membongkarkan dari mana datangnya design ini.

- via Kami Bantah Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55.

Sarcasm by Malaysian:


Sumber : http://ohartis.com
Continue Reading ...

Malaysia vs Manchester City 30 Julai Ini

Manchester City mengesahkan kehadiran mereka buat pertama kalinya ke Malaysia bagi pertemuan menentang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Julai nanti.

Ketua Pegawai Jenama Komersial Manchester City, Ian Cafferky, berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Perdana Inggeris itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini adalah peluang untuk peminat pasukan Sky Blues melihat permainan Manchester City secara dekat.

Tiket perlawanan Malaysia VS Manchester City boleh dibeli melalui Ticketpro www.ticketpro.com.my - dijual pada harga RM58, RM68, RM108, dan RM388 (VIP).
Continue Reading ...

Video Perkahwinan Syafiq (16 Tahun) Dan Yana (14 Tahun) Luar Biasa

Perkahwinan Syafiq dan Yana budak berusia 16 tahun dan 14 tahun menggemparkan negara ini. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa kahwin pada usia sebegini adalah sangat terburu-buru. Pelbagai soalan timbul bagaimana adik ini ingin menyara dan fokus kepada pembelajaran jika sudah berkahwin pada umur muda.

Jika dipandang dari aspek dan sudut agama, ianya adalah dibenarkan sama sekali kerana dapat menghindari maksiat. Apapun, kita patut puji sikap adik Syafiq yang berani ambil risiko dan mendirikan rumah tangga walaupun umur masih mentah.



Continue Reading ...

Lirik Lagu dan Video Muzik AdaMu dari Najwa Latif


AdaMu adalah lagu terbaru dari Najwa Latif dilancarkan bersempena Ramadhan ini untuk peminat.

Lagu AdaMu ini sebenarnya telah dihasilkan pada Ramadhan yang lalu dan lirik lagu ditulis oleh kakaknya sendiri iaitu Ika. Lagu ini ditujukan khas buat peminat setia Najwa Latif yang merinduinya kerana beliau dikatakan sedang berehat dari sebarang aktiviti musik dan sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan SPM yang bakal dihadapi tahun ini.

AdaMu dilancarkan melalui video musik yang dilancarkan di saluran you tube Najwa Latif.

AdaMU
Lagu: Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik: Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Najwa Latif akan lebih menyerlah tidak lama lagi lagi-lagi apabila sudah tamat SPM kelak dimana beliau pasti dapat berlatih dan menumpukan sepenuh perhatian pada bidang musik.

Continue Reading ...

Gambar Kemalangan Zed Zaidi Hanya Sekadar Untuk Lakonan Drama

Di kala Abang Nara menunggu waktu sahur menjelma, tiba-tiba hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending di Twitter. Hati Abang Nara mula tidak sedap. Masuk hospital ke si Zed Zaidi ni? Eksiden ke dia nie?

Dengan pantas Abang Nara menjegilkan mata dan mengushar apakah yang terjadi. Rupa-rupanya sekeping gambar eksiden yang melibatkan Zed Zaidi telah pun tersebar di Twitterjaya. Daripada gambar memang nampak teruk sangat kemalangan yang terjadi. Macam dah nyawa-nyawa ikan pun ada jugak.

Namun disebabkan Zed Zaidi ialah seorang pelakon, maka kemungkinan besar gambar tersebut diambil untuk shooting salah sebuah drama/filem lakonannya. Dan ternyata sebenarnya Zed Zaidi tidak eksiden pun. Sememangnya ianya adalah salah satu daripada babak lakonan untuk drama terbaru Zed Zaidi.

Kepada peminat Zed Zaidi, bolehlah anda menarik nafas lega. Tak perlu risau kerana pelakon kesayangan anda sebenarnya sihat walafiat. Abang Nara doakan agar hidup Zed Zaidi sentiasa jauh daripada kemalangan seperti di dalam drama lakonannya ini. Sama-sama kita doakan.


Sumber : http://beautifulnara.com
Continue Reading ...

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2012

1. Flag of Malacca.svg Melaka. DOWNLOAD

2. Flag of Johor.svg Johor
Zon 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil. DOWNLOAD
Zon 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan. DOWNLOAD
Zon 3-Daerah Pontian Dan Kluang. DOWNLOAD
Zon 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor. DOWNLOAD

3. Flag of Perak.svg Perak
Zon 1- Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim. DOWNLOAD
Zon 2- Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput Dan Kuala Kangsar. DOWNLOAD
Zon 3- Pengkalan Hulu, Grik Dan Lenggong. DOWNLOAD
Zon 4- Temengor Dan Belum. DOWNLOAD
Zon 5- Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan Dan Pulau Pangkor. DOWNLOAD
Zon 6- Selama, Taiping, Bagan Serai Dan Parit Buntar. DOWNLOAD
Zon 7- Bukit Larut. DOWNLOAD

4. Flag of Sarawak.svg Sarawak
Zon 1-Limbang, Sundar, Trusan Dan Lawas. DOWNLOAD
Zon 2-Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Dan Marudi. DOWNLOAD
Zon 3-Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh Dan Bintulu. DOWNLOAD
Zon 4-Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu,Kanowit, Kapit Dan Song. DOWNLOAD
Zon 5-, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor Dan Rejang. DOWNLOAD
Zon 6-Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban Dan Debak. DOWNLOAD
Zon 7-Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau Dan Meludam. DOWNLOAD
Zon 8-Kuching, Lundu, Bau Dan Sematan. DOWNLOAD
Zon Khas. DOWNLOAD

5. Flag of Sabah.svg Sabah
Zon 1-Bahagian Sandakan (Timur),Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan,Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam. DOWNLOAD
Zon 2-Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah. DOWNLOAD
Zon 3-Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Lahad Datu Dan Kuna. DOWNLOAD
Zon 4-Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan. DOWNLOAD
Zon 5-(Bahagian Kudat) Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat.DOWNLOAD
Zon 6-Gunung Kinabalu ( Ketinggian 4,101 M). DOWNLOAD
Zon 7-(Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar. DOWNLOAD
Zon 8- Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, Dan Keningau. DOWNLOAD
Zon 9-Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang. DOWNLOAD

6. Flag of Terengganu.svg Terengganu
Zon 1- Kuala Terengganu Dan Marang. DOWNLOAD
Zon 2- Besut Dan Setiu. DOWNLOAD
Zon 3- Hulu Terengganu. DOWNLOAD
Zon 4- Kemaman Dan Dungun. DOWNLOAD

7. Flag of Kelantan.svg Kelantan
Zon 1-Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh,Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai Dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang). DOWNLOAD
Zon 2-Jajahan Jeli Dan Gua Musang Termasuk Daerah Galas Dan Bertam.DOWNLOAD

8. Flag of Selangor.svg Selangor
Zon 1-Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat Dan Sepang. DOWNLOAD
Zon 2-Daerah Klang, Kuala Langat,Kuala Selangor Dan Sabak Bernam. DOWNLOAD

9. Flag of Pahang.svg Pahang
Zon 1-Pulau Tioman. DOWNLOAD
Zon 2-Kuantan, Pekan, Rompin Dan Muadzam Shah. DOWNLOAD
Zon 3-Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut Dan Bera. DOWNLOAD
Zon 4-Raub, Bentong Dan Lipis. DOWNLOAD
Zon 5-Genting Sempah, Janda Baik Dan Bukit Tinggi. DOWNLOAD
Zon 6-Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland. DOWNLOAD

10. Bendera Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan
Flag of Kuala Lumpur Malaysia.svg Kuala Lumpur. DOWNLOAD
Putrajaya flag.gif Putrajaya. DOWNLOAD
Flag of Labuan.svg Labuan. DOWNLOAD

11. Flag of Perlis.svg Perlis. DOWNLOAD

12. Flag of Negeri Sembilan.svg Negeri Sembilan
Zon 1-Jempol Dan Tampin. DOWNLOAD
Zon 2- Seremban,Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah Dan Jelebu. DOWNLOAD

13. Kedah state fl n5143.PNG Kedah
Zon 1- Daerah Kota Setar, Kubang Pasu Dan Pokok Sena. DOWNLOAD
Zon 2- Daerah Pendang, Kuala Muda Dan Yan. DOWNLOAD
Zon 3- Daerah Padang Terap, Sik Dan Baling. DOWNLOAD
Zon 4- Daerah Kulim Dan Bandar Baharu. DOWNLOAD
Zon 5- Daerah Langkawi. DOWNLOAD
Zon 6- Puncak Gunung Jerai. DOWNLOAD

14. Flag of Penang (Malaysia).svg Pulau Pinang. DOWNLOAD

Continue Reading ...