Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Siti Saleha Tak Yakin Ikut Jejak Abangnya Sam Bunkface

Pelakon Siti Saleha berasa kurang yakin untuk menceburi bidang nyanyian seperti yang dilakukan oleh abangnya, Sam, yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 22, berkata, walaupun mempunyai minat yang tinggi dalam bidang nyanyian, dia merasakan banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum bergelar penyanyi.

"Memang saya ada hasrat untuk bergelar penyanyi, tetapi banyak juga persiapan yang perlu dilakukan untuk ke arah itu.

"Walaupun sudah biasa berdepan dengan kamera, saya kurang keyakinan apabila mahu jadi penyanyi. Lagipun saya memulakan kerjaya dalam bidang lakonan dahulu, maka biarlah saya fokus pada kerja yang dilakukan sekarang," katanya.

Tambah Saleha, biarlah Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar sahaja berada dalam dunia muzik dan dia hanya menyokong kerjaya seni abangnya itu.

"Dalam pada itu, adik perempuan saya juga berminat dalam bidang muzik dan mungkin dia juga akan mengikut jejak langkah Sam.

"Bayangkan, kalau saya juga sertai mereka, rasa pelik pula. Biarlah saya menyokong mereka cukuplah,," selorohnya yang sedang menjalani penggambaran filem Pencinta, arahan Khir Rahman.

Sementara itu, Saleha turut meluahkan hasrat untuk mencuba nasib sebagai pengacara sejak mengendalikan Konsert Himpunan Sejuta Belia 2011 yang berlangsung baru-baru ini. "Rasa seronok pula apabila mengendalikan sesebuah acara lebih-lebih lagi yang melibatkan jumlah orang yang ramai.

"Harap-harap saya dapat mengacarakan sesebuah program yang berbentuk hiburan. Dan Awal Ashaari antara pengacara yang sangat saya kagumi untuk dijadikan sebagai inspirasi," ujarnya.

Leave a Reply