Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Saiful Apek dibebas dari tuduhan dadah

Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama-sama tiga sahabatnya, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membebaskan Saiful Apek atau nama penuhnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, bersama-sama tiga sahabatnya, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 43, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di Petaling Jaya pada 11 malam 12 Jun 2010.

Mereka yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Dalam keputusannya Ahmad Solihin mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan botol sampel air kencing yang mana telah melonggarkan kes pendakwaan.

Beliau berkata pihak pembelaan dalam hujahannya berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan mengemukakan isu berkenaan percanggahan tarikh di label botol sampel air kencing; penyimpanan sampel yang terlalu lama; mempunyai dua borang
ujian pengesanan air kencing serta gagal membuktikan elemen kalibrasi dan kawalan kualiti dalam ujian pengesanan.

Sementara itu, Saiful Apek di luar mahkamah berkata beliau merasa terharu terhadap keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai bukti bahawa dirinya di pihak yang benar.

Beliau berterima kasih kepada peguamnya Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantunya serta peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui di luar mahkamah, memaklumkan kepada media bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

Leave a Reply