Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Maya sayang Bront

Selepas lima kali digandingkan di layar perak, aktres jelita, Maya Karin mengakui semakin serasi dengan aktor Bront Palarae.

Malah, Maya tidak menafikan dia mahu mengahwini Bront apabila mereka dipertemukan sekali lagi dalam filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Jwanita.

“Dalam Jwanita, kami digandingkan buat kali keenam dan secara tidak langsung, keserasian itu sudah tercipta.

“Saya rasa mungkin saya patut mengahwini Bront, tetapi di dalam filem sajalah,” katanya sambil tergelak ketika ditemui di pelancaran Jwanita, baru-baru ini.

Biarpun hasratnya itu lahir secara gurauan, heroin filem Ombak Rindu ini menjelaskan dia sememangnya menyimpan perasaan sayang terhadap Bront.

“Saya sayangkan Bront sebagai teman kerana dia adalah individu yang paling rapat dengan saya dalam industri ini.

“Kami berkongsi minat dan falsafah seni yang sama. Saya sangat selesa berkawan dengannya,” kata Maya.

Pernah mengalami kegagalan rumah tangga, menurut Maya, buat masa ini dia belum terfikir untuk mencari pengganti.

“Memegang status solo memang menyeronokkan, namun sudah tentu saya mengimpikan untuk berkahwin lagi.

“Cuma, saya tidak mahu terburu-buru kerana perlu mencari calon yang sesuai dan bukan sekadar tangkap muat,” katanya.

Leave a Reply