Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

KL Gangster 2 Kemungkinan Tidak Ditayangkan Tahun Ini

Selepas mengutip hampir RM12 juta, filem KL Gangster bakal bersambung dan telah pun menjalani penggambaran mereka.


Filem KL Gangster 2 yang menelan kos RM3 juta itu dikatakan bakal menyajikan aksi lebih hebat dan menggegarkan hingga ia menjadikan filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan.

Namun khabarnya jangkaan awal pihak produksi untuk menayangkan filem tersebut pada tahun ini KEMUNGKINAN BESAR tidak dapat direalisasikan.

Ini kerana berlaku lambakan filem-filem tempatan yang semakin banyak diterbitkan hingga membuatkan filem bercorak aksi itu terpaksa menunggu ‘giliran’ hingga tahun hadapan.
Nampaknya peminat filem arahan Syamsul Yusof dan pelakon Aaron Aziz terpaksalah menunggu sebelum dapat menyaksikan ‘buah tangan’ terbaru mereka.

Untuk rekod, mulai 24 Mei lalu, sebanyak dua filem tempatan akan ditayangkan serentak di pawagam pada setiap minggu berbanding sebuah filem dalam masa dua minggu sebelum itu.
Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Naguib Razak, sehingga hujung tahun ini sahaja sebanyak 70 filem tempatan akan dihasilkan.

Senario itu tidak dapat dielakkan bagi menampung waktu tayangan filem-filem tempatan yang semakin banyak diterbitkan sejak lima tahun kebelakangan ini.

“Ekoran lambakan itu, mulai 24 Mei ini, dua filem tempatan yang tertakluk di bawah Skim Wajib Tayang Finas akan ditayangkan di pawagam pada setiap minggu iaitu pada hari Khamis.
“Melalui syarat baru itu bermakna, lapan filem tempatan akan ditayangkan di pawagam sebulan dan sebanyak 96 buah filem dalam setahun. Ini salah satu cara kami mengatasi lambakan filem tempatan akhir-akhir ini,” ujarnya baru-baru ini.

KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon KL Gangster, antaranya Soffi Jikan, Adiputra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar.
Filem ke-29 terbitan Skop Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu antara lain mengisahkan tentang Malek dan Jai yang terjebak dalam dunia samseng setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.

Sejak kematian ayah mereka, kehidupan dua beradik itu serba kekurangan di mana pada masa yang sama, ibu mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang lapuk keluarga terbabit.

1 comments: