Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Farid Kamil Tidak Minat Sertai Persatuan Artis

Pelakon Farid Kamil tidak berminat untuk bergiat aktif melalui mana-mana persatuan seni di negara ini walaupun sudah sembilan tahun terlibat dalam industri hiburan tempatan.

Farid berkata, keputusan tidak menyertai persatuan adalah kerana kedudukannya sebagai seorang artis yang terlalu sibuk dan merasakan dia tidak mampu untuk memikul tanggungjawab besar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

“Saya tidak aktif dalam persatuan kerana saya boleh dikategorikan sebagai penggiat seni yang aktif dan memiliki visi dan misi secara individu.

“Berbeza pula dengan persatuan, mereka mewakili seluruh industri seni tempatan dan ia bukanlah satu tugasan yang ringan untuk dilakukan, kerana banyak perkara yang membabitkan hak artis yang perlu diperjuangkan,” katanya pada majlis Pelancaran ‘Kembara Menjejak Al-Hamra’ bersama Farid Kamil di restoran Rebung, di sini, Isnin.

Tambah Farid, walaupun tidak aktif, sebagai ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), dia tetap menyokong dan mengambil berat tentang isu-isu semasa yang membabitkan persatuan tersebut.

Sementara itu, mengenai ‘Kembara Menjejak Al-Hamra’, Farid mengajak para peminatnya untuk bersama-sama bercuti di dua buah negara yang penuh dengan sejarah keislaman dunia iaitu Sepanyol dan Maghribi bermula pada 11 hingga 22 November depan.

Leave a Reply