Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Euro 2012 : Pelanggan restoran mamak naik 20 peratus

Pelanggan di restoran mamak dikatakan boleh meningkat sehingga 20 peratus sempena musim kejohanan bola sepak Euro sekarang.

Namun menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed, peningkatan adalah bergantung kepada pasukan pilihan yang bermain seperti Sepanyol atau Jerman.

"Jika ia bukan antara pasukan pilihan, peningkatan pelanggan hanya sekitar lima peratus," katanya kepada Bernama. Tetapi dari segi keuntungan, beliau berkata jumlah pelanggan tidak semestinya menjamin keuntungan berlipat ganda kerana kebanyakannya hanya memesan minuman.

"Minum satu cawan air untuk dua jam, tak boleh kata membawa keuntungan yang begitu baik. Ia lebih berbentuk penuhkan kedai daripada peti duit kita," kata Noorul Hassan yang berkata Presma mempunyai 2,814 ahli di seluruh negara.

Pada masa yang sama, beliau berkata meja yang dipenuhi 'kaki bola' ada kalanya menyebabkan pelanggan lain sukar mendapat tempat duduk. "Walaupun jadual perlawanan lewat malam, ada yang datang booking tempat seawal 10 atau 11 malam," katanya.

Beliau berkata restoran mamak yang hanya menyediakan peti televisyen untuk menonton tetap menjadi tumpuan walaupun di tempat lain turut menyediakan skrin besar. Ini kerana restoran mamak lebih terbuka dan santai di samping pelanggan boleh memesan pelbagai makanan dan minuman, katanya.

Leave a Reply