Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Cadbury edar 42,000 bar coklat percuma

Cadbury Dairy Milk kini melancarkan kempen terbaharunya. Kempen yang dinamakan On a Happier Mission bertujuan membina masyarakat yang lebih gembira.
Melalui kempen tersebut, sebanyak 42,000 bar coklat percuma diedarkan di beberapa lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia melalui pameran Cadbury World of Happiness Chocolate Wonderland.

Menurut Pengarah Pemasaran Kraft Foods Malaysia, Jason Chin, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Malaysia di kedudukan ke-51 sebagai negara paling gembira di dunia.

“Di Cadbury Dairy Milk, kami percaya kegembiraan yang dikongsi akan menggandakan kegembiraan, justeru menjadi harapan kami untuk melihat Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Sebagai salah satu usaha kami menyebarkan kegembiraan melalui coklat ke seluruh negara bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kegembiraan,” katanya pada majlis pelancaran kempen On a Happier Mission di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway baru-baru ini.

Menurut Jason, Cadbury Dairy Milk telah menjelajah Pulau Pinang dan Johor sebelum singgah di Lembah Klang iaitu di pusat beli-belah 1Utama, Damansara Utama dan terkini di Sunway Pyramid.

“Kami melancarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk pelanggan Cadbury Dairy Milk, mempamerkan Cadbury Happiness Factory, memberikan bar coklat secara percuma dan memperkenalkan maskot Cadbury iaitu Hapeebury.

“Meter Kegembiraan Cadbury turut dipaparkan bagi melihat jumlah pengunjung yang datang ke pameran ini,” katanya sambil menunjukkan bacaan meter yang sudah mencapai hampir 20,000 unit kegembiraan setakat pukul 3 petang.

Dalam pada itu, sempena pelancaran kempen berkenaan, Cadbury Dairy Milk bakal melancarkan peraduan SMS & Win di mana pemenang harian berpeluang memenangi hadiah bernilai RM200,000 termasuk sebuah kereta Honda CRZ.

Peraduan ini akan bermula pada 4 Jun hingga 21 Julai dan bagi mengetahui maklumat lanjut layari laman web Facebook di www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Leave a Reply