Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Bunkface belum berkubur

Pernah menggegarkan persada muzik tanah air dengan lagu popular mereka, Situasi, kumpulan Bunkface kini seperti sunyi dengan produk baru mereka.

Tambahan pula, kumpulan itu pernah dikatakan berpecah apabila vokalis utamanya, Sam Bunkface menubuhkan kumpulan baru, The Azenders yang dikatakan sebagai projek sampingan mereka pada pertengahan 2010.

Namun, khabar angin yang mengatakan mereka berpecah disangkal kerana kumpulan ini rupa-rupanya bakal keluar dengan album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead pada Julai ini.

Mengambil masa hampir dua tahun untuk muncul dengan album baru, Sam akui sukar mengekalkan nama Bunkface di mata peminat. Menurutnya, bukan mudah untuk menghasilkan muzik yang berkualiti dan bagus serta dapat diingati oleh peminat.

“Susahnya jadi Bunkface ialah apabila perlu mengekalkan momentum muzik yang dihasilkan.

“Kami perlu mencari single setanding dengan single kami sebelum ini kerana peminat tentunya menantikan produk berkualiti daripada kami,” katanya sambil beritahu bakal berkolaborasi dengan Amy Search pada tahun depan.

Selain Sam, Bunkface turut dianggotai oleh Youk selaku pemain gitar bass dan penyanyi latar serta Paan selaku pemain gitar utama.

Kumpulan yang bawa muzik punk rock ini ditemui semasa pelancaran konsert, Gig Triple Play di The Curve, Damansara, baru-baru ini. Sementara itu, Sam berkata, Bunkface juga berhasrat mengadakan Unitour di seluruh negara.

“Perancangan kami ialah untuk mengadakan Unitour di sekurang-kurangnya enam universiti di Semenanjung dan tiga universiti di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi sambil memberitahu Bunkface kini dalam perancangan untuk membuka sebuah pusat tuisyen di Klang.

Konsert Gig Triple Play bakal menyaksikan tiga kumpulan; Bunkface, Hujan dan Nidji berkongsi pentas di KL Live pada 30 Jun ini dan turut disiarkan secara langsung menerusi TV9.

Leave a Reply