Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Apa yang sebenarnya berlaku diantara Neelofa dan Anzalna?

Berikut merupakan jawapan Neelofa bila ditanya mengenai reaksi beliay terhadap kenyataan yang dibuat oleh Anzalna.

Sudah tentu saya terkejut dan kecewa kerana ia telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon. Ingin saya tegaskan bahawa segala tuduhan yang telah dilemparkan terhadap saya itu adalah fitnah semata-mata.

Apakah tindakan yang akan dilakukan anda?

Saya telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini. Apabila perbincangan dilakukan bersama peguam, kami mendapati banyak kenyataan yang dibuat oleh Anzalna memang berbaur fitnah.

Ketika ini peguam saya telah menghantar satu notis tuntutan kepada Anzalna dan dia diberi masa seminggu untuk memberikan bukti serta penjelasan terhadap tuduhannya itu. Kalau benar seperti apa yang dikatakannya menerusi akhbar itu, sila kemukakan bukti kepada saya dengan segera.

Bagaimana pula kalau Anzalna tidak memberikan sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan itu?

Saya akan mengambil tindakan selanjutnya dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman ke atasnya. Bagi saya perbuatan yang dilakukannya ini telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon dan duta produk.

Setelah kerap kali terbabit dengan kontroversi, kenapa kali ini baru anda mahu mengambil tindakan?

Sebelum ini saya tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana segala kontroversi yang timbul tidak terlalu memberi kesan kepada diri saya. Namun, tuduhan yang dibuat oleh Anzalna memang telah memburukkan nama baik saya. Sekarang saya cuma menantikan setiap bukti terhadap segala tuduhannya itu. Kalau dia tidak dapat mengemukakan bukti-bukti tersebut, dia perlu membuat permohanan maaf secara terbuka.

Boleh ceritakan sedikit mengenai persengketaan yang berlaku antara anda dan Anzalna ketika sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011?

Kalau boleh saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang persengketaan yang berlaku antara kami berdua. Buat masa ini saya mahu lebih fokus kepada notis tuntutan yang dibuat kepadanya.

Semenjak artikel tersebut diterbitkan, adakah terdapat sebarang tawaran kepada anda yang telah dibatalkan?

Buat masa ini masih belum ada tawaran yang dibatalkan, cuma kini saya sedang melakukan perbincangan setelah ditawarkan menjadi duta kepada sebuah produk. Namun, saya percaya pihak yang memberikan tawaran itu pasti mengikuti perkembangan tentang perkara ini dan tidak mustahil mereka boleh berubah fikiran.

Sekiranya ditawarkan berlakon dalam mana-mana drama atau filem yang turut membabitkan Anzalna, anda akan menolak atau menerima tawaran tersebut?

Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran tersebut kerana sebagai pelakon saya perlu bertindak profesional. Saya perlu menghormati kehendak penerbit atau pengarah dan tidak kisah kalau kami ditakdirkan berlakon bersama-sama.

1 comments: