Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Alat Pernafasan Dibuka, Osman Kering Stabil

Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, dilaporkan semakin stabil selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada malam Isnin lalu.

Anak kedua Osman, Mohd Al Amin berkata, doktor telah menanggalkan alat bantuan pernafasan yang diberikan kepada bapanya pagi Rabu selepas dia sudah boleh bernafas sendiri.


“Alhamdulilah nampak ada perkembangan yang baik dan doktor juga telah melakukan proses mencuci buah pinggang ayah dan keadaannya semakin stabil,” ujarnya.

Pada malam Isnin lalu, Osman dikejarkan ke hospital apabila rebah selepas mengalami batuk berdarah di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Keadaan menjadi kecoh apabila pelakon itu dikhabarkan telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sedang dipantau selama 48 jam untuk melihat perkembangan dan tindak balas keadaan kesihatannya.

“Sebelum ini jantungnya telah berhenti selama 20 minit dan doktor mahu melihat perkembangan otaknya dalam masa 48 jam berikutnya selepas alat bantuan pernafasan dibuka.

Tambah Amin, doktor juga akan membuat imbasan sinar-X bagi melihat perkembangan fungsi otak bapanya selepas tempoh itu.

“Insya Allah, harap-harap semuanya berjalan lancar dan ayah akan kembali sihat,” ujarnya. Menurut Amin, bapanyua sudah lama mengalami penyakit batuk kering serta sesak nafas dan keadaannya bertambah serius sejak akhir-akhir ini.

Leave a Reply