Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia

Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi Mynewshub.my mengesahkan berita kematian bapanya itu.

Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi.



” Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya.

Sebelum ini Mynewshub.my difahamkan yang kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung pelawak terkenal itu.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.
Continue Reading ...

Download Bohsia 2 : Jalan Kembali

Release Date: 07 Jun 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Comedy,Drama | Subtitle: English Hardsub | Size: 350MB Mkv,260MB Rmvb,700MB Avi | Quality: PPVRip – Jie Azz

Sinopsis: Sejarah hitam sebagai bohsia dalam diari hidup Amy akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. Dia melangkah kaki ke sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis-gadis terlanjur dalam mengubah nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan hidup baru. Berbeza pula dengan nasib nasib, Tasha semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bosia yang dikawal ketat oleh Acai. Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya dari lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya. Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu Tasha lalu berjanji untuk mengembalikan Tasha ke pangkuan ibunya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasha enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha untuk membawa Tasha ke jalan kembali…. “Raja” kumpulan Mat Rempit, Acai kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasha disisinya. Dalam masa yang sama dia meneruskan niat jahatnya menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Jika menerusi filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam… kisah realiti anak muda yang terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan Kembali…. menyelongkar segala onak dan duri kehidupan golongan remaja songsang disamping menerapkan pendekatan positif kepada golongan ini yang sebenarnya mampu dijinakkan dan wajar mendapat sokongan masyarakat. Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka. bagaimanakah kesudahan hidup Tasha? Adakah Acai akan terus menjerumuskan gadis-gadis yang lemah pegangan agama?

MKV FILE


PART1 | PART2


PART1 | PART2


SINGLE LINK


SINGLE LINK

RMVB FILE


PART1 | PART2


PART1 | PART2


SINGLE LINK


SINGLE LINK

AVI FILE


PART1 | PART2 | PART3 | PART4


PART1 | PART2 | PART3 | PART4


SINGLE LINK


SINGLE LINK

Continue Reading ...

Memey Suhaiza Menangis Disahkan Hamil

Seperti kebanyakan wanita yang sudah berkahwin, gelaran ibu adalah satu anugerah yang tak terhingga. Pelakon Memey Suhaiza juga tak terlepas daripada menerima berita gembira ini apabila dia disahkan hamil enam minggu, hari ini.

Melalui rakan media, Media Hiburan, Memey Suhaiza memaklumkan bahawa dia tak mengalami sebarang alahan, namun kerap merasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak. Kata Memey lagi, pada mulanya dia tak percaya keputusan positif hasil ujian kehamilan sehinggalah suaminya, Norman Hakim membawanya ke klinik bagi menjalani ujian yang lebih komprehensif.

Norman Hakim difahamkan amat gembira dengan berita kandungan ini namun tak menolak akan kerisauannya dengan jadual pengambaran Memey yang padat.

Kedua-dua pasangan ini telah bernikah pada 24 September 2011 bertempat di kediaman perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Continue Reading ...

Gambar Julia Ziegler Tunaikan Umrah

Gambar Julia Ziegler Tunaikan Umrah Di Mekah. Julia Ziegler melalui laman Twitternya telah berkongsikan foto pertama beliau sepanjang menunaikan umrah mulai 16 Jun yang lalu. Ibadah selama 11 hari itu turut menyaksikan Julia Ziegler & ibunya menunaikan fardhu solat Maghrib dan Isyak ketika mengunjungi masjid Nabawi di Madinah.
Continue Reading ...

Lisa Surihani Kini Nampak Berisi

Gambar Lisa Surihani Kini Sudah Gemuk. Memang sangat berubah dah wajah Lisa Surihani setelah berkahwin. Pipi Lisa nampak lebih gebu dan montel dari biasa. Pasti ramai peminat agak kecewa dengan penampilan Lisa yang sudah berisi ni.
Continue Reading ...

KL Gangster 2 Kemungkinan Tidak Ditayangkan Tahun Ini

Selepas mengutip hampir RM12 juta, filem KL Gangster bakal bersambung dan telah pun menjalani penggambaran mereka.

Filem KL Gangster 2 yang menelan kos RM3 juta itu dikatakan bakal menyajikan aksi lebih hebat dan menggegarkan hingga ia menjadikan filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan.

Namun khabarnya jangkaan awal pihak produksi untuk menayangkan filem tersebut pada tahun ini KEMUNGKINAN BESAR tidak dapat direalisasikan.

Ini kerana berlaku lambakan filem-filem tempatan yang semakin banyak diterbitkan hingga membuatkan filem bercorak aksi itu terpaksa menunggu ‘giliran’ hingga tahun hadapan.
Nampaknya peminat filem arahan Syamsul Yusof dan pelakon Aaron Aziz terpaksalah menunggu sebelum dapat menyaksikan ‘buah tangan’ terbaru mereka.

Untuk rekod, mulai 24 Mei lalu, sebanyak dua filem tempatan akan ditayangkan serentak di pawagam pada setiap minggu berbanding sebuah filem dalam masa dua minggu sebelum itu.
Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Naguib Razak, sehingga hujung tahun ini sahaja sebanyak 70 filem tempatan akan dihasilkan.

Senario itu tidak dapat dielakkan bagi menampung waktu tayangan filem-filem tempatan yang semakin banyak diterbitkan sejak lima tahun kebelakangan ini.

“Ekoran lambakan itu, mulai 24 Mei ini, dua filem tempatan yang tertakluk di bawah Skim Wajib Tayang Finas akan ditayangkan di pawagam pada setiap minggu iaitu pada hari Khamis.
“Melalui syarat baru itu bermakna, lapan filem tempatan akan ditayangkan di pawagam sebulan dan sebanyak 96 buah filem dalam setahun. Ini salah satu cara kami mengatasi lambakan filem tempatan akhir-akhir ini,” ujarnya baru-baru ini.

KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon KL Gangster, antaranya Soffi Jikan, Adiputra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar.
Filem ke-29 terbitan Skop Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu antara lain mengisahkan tentang Malek dan Jai yang terjebak dalam dunia samseng setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.

Sejak kematian ayah mereka, kehidupan dua beradik itu serba kekurangan di mana pada masa yang sama, ibu mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang lapuk keluarga terbabit.
Continue Reading ...

Saiful Apek dibebas dari tuduhan dadah

Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama-sama tiga sahabatnya, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membebaskan Saiful Apek atau nama penuhnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, bersama-sama tiga sahabatnya, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 43, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di Petaling Jaya pada 11 malam 12 Jun 2010.

Mereka yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Dalam keputusannya Ahmad Solihin mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan botol sampel air kencing yang mana telah melonggarkan kes pendakwaan.

Beliau berkata pihak pembelaan dalam hujahannya berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan mengemukakan isu berkenaan percanggahan tarikh di label botol sampel air kencing; penyimpanan sampel yang terlalu lama; mempunyai dua borang
ujian pengesanan air kencing serta gagal membuktikan elemen kalibrasi dan kawalan kualiti dalam ujian pengesanan.

Sementara itu, Saiful Apek di luar mahkamah berkata beliau merasa terharu terhadap keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai bukti bahawa dirinya di pihak yang benar.

Beliau berterima kasih kepada peguamnya Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantunya serta peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui di luar mahkamah, memaklumkan kepada media bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
Continue Reading ...

Panas : Handphone Samsung Galaxy S III meletup ketika sedang dicaj


Sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S III meletup ketika sedang dicaj di dalam kereta.

Kejadian ini menjadi topik hangat di internet apabila pemilik telefon itu menyiarkan gambar itu di sebuah forum terkenal.

Telefon bimbit dengan teknologi asal Korea Selatan ini mula terbakar di bahagian bawah, berhampiran dengan port caj semula.

Gambar Samsung Galaxy S III yang terbakar ini disiarkan oleh seorang pengguna di Dublin, Ireland yang menggelar dirinya sebagai Dillo2k10.

“Ketika saya sedang memandu dan Galaxy S III sedang dicaj, tiba-tiba berlaku percikan api putih dan kemudian ianya meletup,” katanya seperti dipetik dari DailyMail.

Menurut jurucakap Samsung berkata, “Samsung menyedari masalah ini dan mula melakukan penyelidikan terhadap produk ini. Bila penyelidikan selesai, kami akan memberikan penjelasan berkaitan situasi ini.”

Hingga saat ini Samsung Galaxy S III sudah terjual sebanyak lebih dari 10 juta unit di seluruh dunia dan menjadi salah satu gajet paling laris sejak ia dilancarkan pada Mei 2012 lalu.

Continue Reading ...

Gambar Ras Adiba Tampil Imej Botak

Gambar Ras Adiba Tampil Imej Botak. Memang sangat pelik apabila seorang wanita sanggup botakkan kepala kerana rambut itu bagai mahkota bagi seorang perempuan. Namun, Ras bukanlah suka hati untuk membotakkan kepala, tapi kerana untuk menyokong satu majlis amal yang dinamakan Majlis Kanser Nasional (Makna) menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.
Continue Reading ...

Gambar Diana Amir Menunaikan Umrah

Gambar Diana Amir Di Mekah Tunaikan Umrah. Baru-baru ni, Diana Amir telah berangkat ke kota suci Mekah pada 8 Jun dan berada di sana hingga 19 Jun 2012 untuk menunaikan ibadah umrah. Diana juga telah kongsikan beberapa keping gambarnya ketika berada di Mekah di laman twitter untuk tatapan para peminat.




Continue Reading ...

Yana Samsudin Comel Bertudung

Gambar Yana Samsudin Comel Pakai Tudung. Yana Samsudin bertudung sebenarnya hanya dalam filem 2 kalimah. Yana kini sedang menjalani penggambaran filem 2 Kalimah di sekitar Terengganu. Selain Yana, filem 2 Kalimah turut menampilkan bintang besar seperti Nora Danish dan Shaheizy Sam.



Continue Reading ...

Gambar Panas Mislina Mustaffa Pakai Bikini

Gambar Mislina Mustaffa Pakai Bikini. Apa nak jadi dengan artis zaman sekarang yang suka berbikini dan meniru adat dan budaya dari barat. Pelbagai kontroversi yang telah dilibatkan dengan Mislina Mustaffa. Kali ni, Mislina tanpa segan silu dengan mengenakan pakaian yang agak menjolok mata ketika berkelah ditepi pantai.
Continue Reading ...

Shahrizal Jaszle bakal berkahwin?

Biarpun beberapa kali melalui episod kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikit pun menjadi noktah buat aktor, Shahrizal Jaszle, 24, mencari teman hidupnya.

Kini, pencarian itu bagai telah tiba ke penghujungnya, setelah seorang gadis istimewa, yang juga kenalan lamanya telah berjaya menawan, bukan sahaja hatinya, bahkan hati seluruh keluarganya.

Tidak menunggu lama, Shahrizal secara bersahaja memaklumkan akan merisik buah hatinya, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini menerusi laman Instagram miliknya.

"Insya-Allah, 15 Julai ini, keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk merisik. Setakat ini, itu sahaja perancangan yang telah kami buat.

"Saya sudah mengenalinya sejak setahun lalu dan hubungan kami hanya sekadar teman biasa. Namun, ketika saya sedang kecewa selepas putus cinta baru-baru ini, hubungan kami menjadi semakin rapat.

"Istimewanya, dia bukan sahaja berjaya menambat hati saya, malah keluarga saya juga sangat menyukai dia. Keluarga kami merestui hubungan ini dan mereka juga yang cadangkan supaya hubungan kami ini diikatkan," katanya.

Bagaimanapun, Shahrizal berkata, perancangan selanjutnya masih belum dilakukan memandangkan Redzwani masih lagi belajar.

"Saya mahu kumpul duit terlebih dahulu. Lagi pun, dia akan tamat pengajian dua tahun lagi. Apa yang pasti, kami tidak ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat," katanya. Dalam perkembangan lain, Shahrizal baru sahaja tamat dengan sesi penggambaran drama berjudul Fenomena Cinta arahan Liza Ismail.
Continue Reading ...

Maya sayang Bront

Selepas lima kali digandingkan di layar perak, aktres jelita, Maya Karin mengakui semakin serasi dengan aktor Bront Palarae.

Malah, Maya tidak menafikan dia mahu mengahwini Bront apabila mereka dipertemukan sekali lagi dalam filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Jwanita.

“Dalam Jwanita, kami digandingkan buat kali keenam dan secara tidak langsung, keserasian itu sudah tercipta.

“Saya rasa mungkin saya patut mengahwini Bront, tetapi di dalam filem sajalah,” katanya sambil tergelak ketika ditemui di pelancaran Jwanita, baru-baru ini.

Biarpun hasratnya itu lahir secara gurauan, heroin filem Ombak Rindu ini menjelaskan dia sememangnya menyimpan perasaan sayang terhadap Bront.

“Saya sayangkan Bront sebagai teman kerana dia adalah individu yang paling rapat dengan saya dalam industri ini.

“Kami berkongsi minat dan falsafah seni yang sama. Saya sangat selesa berkawan dengannya,” kata Maya.

Pernah mengalami kegagalan rumah tangga, menurut Maya, buat masa ini dia belum terfikir untuk mencari pengganti.

“Memegang status solo memang menyeronokkan, namun sudah tentu saya mengimpikan untuk berkahwin lagi.

“Cuma, saya tidak mahu terburu-buru kerana perlu mencari calon yang sesuai dan bukan sekadar tangkap muat,” katanya.
Continue Reading ...

2 Kalimah filem yang menggandingkan Shaheizy Sam dan Nora Danish

Rasanya ini adalah kali pertama Shaheizy Sam dan Nora Danish berganding bahu untuk berlakon bersama-sama. Filem 2 Kalimah yang diterbitkan oleh MIG ini mengetengahkan tema cinta Islamik. Mungkin kerana itu kita dapat lihat Nora Danish bertudung di dalam filem ini.

Sekali pandang, nampak macam sesuai pulak kalau Shaheizy Sam dan Nora Danish ini bercouple. Pasti ramai peminat mereka berdua akan bersetuju. Dua-dua pun dah single dan tidak ada sebarang gosip percintaan. Apa pun sama-sama kita nantikan filem 2 Kalimah untuk menyaksikan chemistry hebat 2 pelakon ini kelak.

Sumber : Beautiful Nara
Continue Reading ...

Izara Aishah Enggan Berlakon Aksi Ranjang

Pelakon Izara Aishah enggan menerima sebarang watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya ditawarkan oleh pihak produksi.

Izara, 20, berkata, dia mempunyai hak untuk memilih peranan yang ditawarkan kepadanya dan akan terus berpegang kepada prinsipnya itu.

"Benar saya sebagai seorang pelakon baru perlu terokai pelbagai watak dalam menjadikan saya seorang pelakon berkaliber tetapi bukan dengan membawa watak sebagai wanita jahat atau aksi ranjang.

"Walaupun saya masih baru, itu tidak bererti saya tidak mempunyai hak untuk menentukan apakah watak yang perlu saya bawa," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Izara, faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian.

Dalam pada itu, Izara menafikan dia semakin besar kepala apabila sudah mula memilih watak yang diberikan kepadanya selepas popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat.

Izara menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.

"Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai."Watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi," ujarnya.

Bagaimanapun kata Izara, prinsipnya itu mungkin berubah suatu hari nanti jika dia sudah bersedia untuk menerima watak sedemikian.

Sementara itu, mengulas mengenai wajahnya sering menghiasi drama-drama sebagai peranan utama, Izara berkata, dia bersyukur dengan kepercayaan pihak produksi dan menganggap ia sebagai rezeki dan hasil usaha kerasnya untuk bergelar pelakon.

Izara memberitahu, dia memang memegang azam untuk cepat dikenali dalam industri hiburan tempatan dan tidak menyangka ia secepat ini.

"Alhamdulillahlah apa yang saya rencanakan berhasil dan mendapat kepercayaan banyak pihak. "Bagaimanapun tidak bererti saya sentiasa membawa watak utama, saya tidak mahu menerima peranan sampingan," katanya.
Continue Reading ...

Safiq Rahim & Khairul Fahmi Duta Maxis Terbaru

Selepas Datuk Lee Chong Wei menjadi duta Maxis, pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pula telah dilantik sebagai duta baru syarikat telekomunikasi berkenaan.

Bersempena perlantikan tersebut, kedua-dua figura popular itu mengajak peminat setianya untuk menonton perlawanan Euro 2012 bersama di beberapa lokasi terpilih.

Difahamkan, Apex dan Safiq bakal berada di Kota Damansara untuk meluangkan masa bersama peminat bagi menyaksikan perlawanan akhir Euro 2012 pada 2 Julai ini.

Tambah menarik lagi, peminat juga berpeluang untuk menyertai permainan online, Maxis Football Guru di mana Apex dan Safiq akan bermain bersama peminat.

Dengan hanya melusuri laman Facebook Maxis, anda boleh menyertai permainan ini sekaligus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah sesi beramah mesra bersama kedua-dua pemain popular ini.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengenali secara dekat dengan Apex dan Safiq yang telah berkongsi pengalaman manis sepanjang bergelar atlet negara dalam kempen ini.
Continue Reading ...

Aziz Sattar jawab isu cerai isteri

Seniman, Datuk Aziz Sattar, 87, menafikan beliau kini dalam proses bercerai dengan isterinya, Datin Hashimah Delan, 54, seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, semalam.

Beliau yang ketika ini berada di Sabah atas urusan kerja, ketawa ketika ditanya mengenai status perkahwinannya itu.

"Hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah. Itu semua (berita penceraian) hanya khabar angin dan kami masih bahagia sehingga sekarang.

"Saya harap tiada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut dan lebih baik mereka doakan kebahagiaan saya dan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Aziz dan Hashimah melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember 2006 di Masjid Negeri Shah Alam. Perkenalan pasangan itu bermula di sebuah majlis anjuran Klasik FM di Taman Nirwana, Ampang pada 2005 menjadi titik tolak perhubungan mereka
Continue Reading ...

Bunkface belum berkubur

Pernah menggegarkan persada muzik tanah air dengan lagu popular mereka, Situasi, kumpulan Bunkface kini seperti sunyi dengan produk baru mereka.

Tambahan pula, kumpulan itu pernah dikatakan berpecah apabila vokalis utamanya, Sam Bunkface menubuhkan kumpulan baru, The Azenders yang dikatakan sebagai projek sampingan mereka pada pertengahan 2010.

Namun, khabar angin yang mengatakan mereka berpecah disangkal kerana kumpulan ini rupa-rupanya bakal keluar dengan album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead pada Julai ini.

Mengambil masa hampir dua tahun untuk muncul dengan album baru, Sam akui sukar mengekalkan nama Bunkface di mata peminat. Menurutnya, bukan mudah untuk menghasilkan muzik yang berkualiti dan bagus serta dapat diingati oleh peminat.

“Susahnya jadi Bunkface ialah apabila perlu mengekalkan momentum muzik yang dihasilkan.

“Kami perlu mencari single setanding dengan single kami sebelum ini kerana peminat tentunya menantikan produk berkualiti daripada kami,” katanya sambil beritahu bakal berkolaborasi dengan Amy Search pada tahun depan.

Selain Sam, Bunkface turut dianggotai oleh Youk selaku pemain gitar bass dan penyanyi latar serta Paan selaku pemain gitar utama.

Kumpulan yang bawa muzik punk rock ini ditemui semasa pelancaran konsert, Gig Triple Play di The Curve, Damansara, baru-baru ini. Sementara itu, Sam berkata, Bunkface juga berhasrat mengadakan Unitour di seluruh negara.

“Perancangan kami ialah untuk mengadakan Unitour di sekurang-kurangnya enam universiti di Semenanjung dan tiga universiti di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi sambil memberitahu Bunkface kini dalam perancangan untuk membuka sebuah pusat tuisyen di Klang.

Konsert Gig Triple Play bakal menyaksikan tiga kumpulan; Bunkface, Hujan dan Nidji berkongsi pentas di KL Live pada 30 Jun ini dan turut disiarkan secara langsung menerusi TV9.
Continue Reading ...

Sekat tawaran lakonan kata Zed Zaidi

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, pihak persatuan akan mengatur satu pertemuan bersama Anzalna dan Neelofa untuk memberi nasihat serta sekali gus membantu menyelesaikan pertelingkahan mereka.

Katanya, Anzalna telah berjumpanya dan menceritakan perihal sebenar kepadanya.

"Saya kini sedang menanti Neelofa untuk berjumpa saya. Difahamkan, Neelofa kini berada di Sabah dan akan pulang 17 Jun (hari ini). Jadi, saya akan mendengar luahan Neelofa terlebih dahulu.

"Kemudian, saya akan aturkan satu pertemuan bersama mereka untuk berbincang dan memberi nasihat kepada mereka. Pertemuan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli jawatan kuasa disiplin persatuan sahaja," katanya.

Ditanya mengenai amaran sekatan tawaran lakonan yang dikeluarkan kepada Anzalna, Neelofa dan Tasha sebelum ini, Zed berkata, jika mereka ingkar dan terus bergaduh, persatuan akan meneruskan sekatan itu sebagai pengajaran.

"Mana-mana produksi yang ingin menjalankan penggambaran perlu mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

"Tenaga karyawan tempatan yang terlibat hendaklah menjadi ahli kepada mana-mana persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh Finas di bawah Padu Citra iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem
Malaysia (PROFIMA), Seniman, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).

"Dalam kes mereka bertiga, jika kita gantung keahlian mereka selama sebulan, secara automatik, pihak produksi tidak boleh mengambil mereka berlakon dalam tempoh itu kerana mereka perlu menjadi ahli persatuan yang aktif.

"Justeru, secara tidak langsung, tawaran lakonan mereka akan disekat. Namun, itu hanya jalan terakhir dari jawatankuasa disiplin jika pertelingkahan mereka tidak selesai," katanya.
Continue Reading ...

Anzalna sahut cabaran Neelofa

Atmosfera industri hiburan minggu ini diasak dengan berita-berita peperangan antara dua dewi - Neelofa dan Anzalna yang lahir menerusi program Dewi Remaja 2010/2011.

Perbalahan itu dikatakan berpunca dari kenyataan Anzalna menerusi artikel bertajuk 'Anzalna bidas Neelofa' - mendakwa Neelofa sememangnya seorang yang busuk hati, selepas juara Dewi Remaja itu dikatakan mempertikai kemenangan Tasha Shila sebagai Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Ekoran daripada kenyataan Anzalna yang disiarkan menerusi sebuah akhbar tabloid Ahad lalu, Neelofa telah mengadakan satu sidang media tiga hari kemudian, menuntut Anzalna mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah.

Tidak berdiam diri, Anzalna juga telah melantik peguam, Fakhrul Azman untuk mengendalikan kes ini.

"Saya serahkan segalanya kepada peguam saya untuk uruskan perkara ini dan saya akan buktikan, saya bukan pemfitnah," katanya kepada Zass.

Anzalna berkata, dia tidak berdendam dengan teraju utama Azura itu dan bersedia untuk bersemuka dan berbincang mengenai perkara ini.

Malah, andai ditakdirkan mereka digandingkan untuk mana-mana filem, drama atau sesi fotografi selepas ini, Anzalna berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama.

"Dunia hiburan ini tidaklah sebesar mana dan saya tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan dia. Malah, sebelum ini pun, kami pernah bersua dalam majlis yang sama.

"Apa pun saya juga berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin," tuturnya.


Cari publisiti muraha n?

BAGAIMANAPUN, Anzalna enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan yang baru dikeluarkan wartawan hiburan yang menulis artikel terbabit, bahawa artikel itu diterbitkan dengan persetujuan bersama dan bukan secara paksaan.

Anzalna berkata, apa yang menjadi fokusnya sekarang ini adalah untuk menyelesaikan masalah di antara dia dan Neelofa.

Di tebak mengenai kredibilitinya yang mungkin terjejas selepas kontroversi ini, Anzalna berkata, dia sudah mempunyai beberapa produk (drama) sebelum ini dan tidak timbul isu mencari publisiti murahan kerana perkara itu.

"Kalau saya tidak ada produk langsung, mungkinlah mereka (pengkritik) boleh berkata sebegitu. Saya tidak rasa kredibiliti saya terjejas kerana saya masih menerima tawaran berlakon.

"Malah, saya cukup bertuah kerana mendapat sokongan padu dari keluarga, teman, kekasih dan peminat," katanya.

Neelofa dalam satu sidang media pada Rabu telah memberikan tempoh seminggu kepada Anzalna untuk memberikan penjelasan dan segala bukti berhubung kenyataan yang didakwa sebagai fi tnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.

Teraju utama Azura itu juga telah melantik dua orang peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

Difahamkan, Neelofa dan Anzalna sememangnya mempunyai 'sejarah' semenjak program pencarian Dewi Remaja diadakan pada 2010. Mereka dikatakan tidak 'sebulu' dan pernah bertegang urat ketika program itu dijalankan.

Namun, kisah mereka senyap begitu sahaja apabila Neelofa memenangi pertandingan dan membawa haluan masing-masing dalam industri seni.


Pesan Izara, Ramona

SEMENTARA itu, dua lagi bekas Dewi Remaja musim sama, Izara Aishah dan Ramona Zamzam sependapat meminta Neelofa dan Anzalna menghentikan pertelingkahan dan melupakan persengketaan yang pernah berlaku.

Menurut Izara, mereka sepatutnya lebih berfikiran matang dan berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya tidak berniat mencampuri urusan mereka berdua, tetapi saya tidak tahu apa punca sebenar mereka bergaduh.

Namun, apa yang saya tahu hubungan mereka memang tidak baik semenjak di dalam pertandingan lagi. Tapi sebagai kawan, saya berharap mereka berfikir panjang sebelum berkata sesuatu dan fikir tentang masa depan," ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari, Selasa lalu.

Izara berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua sahabatnya itu dan masih berhubung sehingga kini.

"Hubungan kami masih baik semenjak dalam pertandingan lagi. Cuma kami masing-masing agak sibuk dan tiada masa untuk berjumpa dan lepak bersama," katanya.

Dalam pada itu, Ramona berkata, sebagai rakan yang mengenali mereka berdua semenjak di dalam pertandingan lagi, dia berasa sedih kerana pertelingkahan di dalam program itu masih berlarutan sehingga kini.

"Anzalna kawan saya, Neelofa pun kawan saya. Bila jadi macam ini, siapa yang tak sedih. Masing-masing dah ada nama dan sedang meningkat naik. Jadi, tak perlulah bergaduh lagi, saya sayang
mereka dua, saya tidak mahu nama mereka busuk," katanya yang juga masih berhubung baik dengan keduanya sehingga kini.
Continue Reading ...

Kebab Raksasa Terbesar Di Dunia

Siapa yang tidak mengenali kebab? Kebab merupakan antara makanan yang termasyhur di dunia apabila ia digemari oleh masyarakat dari Timur Tengah, Turki, Asia Tengah hingga ke Eropah.

Selalunya di Malaysia, kebab yang dijual bersaiz biasa bagi hidangan seorang. Namun, kebab yang satu ini sungguh luar biasa.

Mana tidaknya, kebab itu ditabalkan sebagai kebab terbesar di dunia dengan berat melebihi dari 1 tan iaitu 1,198 kilogram.

Kebab raksasa itu dibuat di Ankara, Turki. Sebanyak tujuh ekor lembur digunakan untuk membuat kebab yang terbesar di dunia itu.

Selain itu, kebab itu juga memerlukan seramai 10 orang chef untuk memasaknya. Oleh kerana terlalu besar, kebab itu perlu diangkat menggunakan kren.

Memetik dari kenyataan Guinness World Records, kebab ini berjaya memecahkan rekod baru apabila berjaya mengatasi kebab raksasa yang dibuat di Australia pada tahun 2004. Jika anda merasai kebab itu, anda boleh ke Ankara Shopping Fest di Genclik Park, Turki.

Continue Reading ...

Penjelasan Gambar Awi Rafael Bertatu Dan Minum Arak

Penjelasan Gambar Awi Rafael Bertatu Dan Minum Arak. Sebelum ni, memang kecoh gambar artis yang playboy dan pakai tatu di lengan telah tersebar di internet. walaupun mukanya dikaburkan, tapi ramai yang dapat meneka siapakah gerangannya penyanyi itu sehingga si empunya diri iaitu Awi Rafael tampil memberi penjelasan menerusi Facebook miliknya.

Menurut Awi Rafael, gambar-gambar yang dimuat naik itu adalah gambar lama, sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk.

Dalam penjelasan itu, Awi Rafael mengakui yang dia sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama dan turut mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah. Malah, Awi Rafael juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran.




Continue Reading ...