Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Zed Zaidi Cabar Aaron Aziz Tunjuk Permit Kerja

Nampaknya ‘marah’ Zed Zaidi dengan Aaron Aziz belum ada tanda-tanda akan berakhir, malah semakin panas.

Terbaru Zed mencabar Aaron menunjukkan permit kerja yang dimiliki pelakon Singapura itu sekiranya benar dia memiliki permit kerja seperti yang diwar-warkan.

Zed dikatakan berbuat demikian apabila Aaron baru-baru ini ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut;

“Kalau sekarang mereka nak tengok permit saya pun tak ada hal.

“Imigresen pun dah kenal saya, sebab banyak kali saya pergi ke sana tampal permit saya.

” Mereka juga dah tahu saya selalu ke sana bagi mohon permit untuk pembantu rumah saya. Namun, bila ada yang cakap pihak Imigresen tidur, tak buat kerja, jadi saya tak gembiralah sebab mereka dah banyak tolong saya,” ujar Aaron.

Berikut adalah jawan Zed kepada Aaron yang dibuat melalui akaun Twitternya.

Zed yang juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebelum ini pernah mencabar Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) agar mendedahkan kemasukan artis-artis dari luar negara benar-benar mengikuti peraturan yang sah di negara ini.

Menurut Zed, dia yakin tidak kesemua artis termasuklah penyanyi, pelakon, pemuzik dan pekerja di belakang tabir yang bekerja dalam industri kreatif membabitkan bidang muzik serta lakonan dari luar negara yang bekerja di Malaysia mengikuti prosedur seperti yang telah ditetapkan mengikut peraturan Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Puspal sejak dari dulu hingga kini.

Agaknya sampai bilalah Zed nak tuduh itu dan nak nak tuduh ini, pada masa yang sama sampai bilalah Aaron nak nafi itu dan nafi ini.

Leave a Reply