Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Tasha Shilla beri penjelasan isu usung trofi

Merangkul anugerah Pelakon Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011, sekali gus telah membawa nama Tasha Shilla dalam kelas tersendiri.

Pun begitu, timbul pula khabar angin yang tidak enak apabila pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abd Razak, 25, dikatakan begitu berbangga dengan kejayaan itu.

Pelakon drama Bunga April ini didakwa sering membawa trofi kemenangannya ke mana saja untuk ditayangkan kepada orang ramai.

Tidak cepat melatah dengan tuduhan itu, Tasha menjelaskan situasi sebenar yang telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. “Tak pernah terlintas di fikiran untuk menunjuk-nunjuk kemenangan saya. Sehari selepas majlis kemuncak ABP, saya terus ke pusat membeli-belah, Pavilion untuk bertemu rakan.

“Saya tidak terus balik ke rumah. Tambahan pula, kawan baik saya mahu melihat trofi itu. Jadi, apa salahnya saya tunjuk kepada kawan saya.

“Tapi, dakwaan yang mengatakan saya tayang dan usung ke merata itu tidak benar. Itu semua fitnah yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya yang kini menerima tawaran produksi antarabangsa, Paramount untuk filem biopik, Jimi Hendrix.

Selain itu, Tasha turut menerima tawaran telemovie untuk slot Cerekarama di saluran TV3 dan akan muncul dalam beberapa drama dan telefilem seperti Landasan Cinta, Takdir Yang Terindah dan Friday I’m in Love.

Akui pernah berhasrat mendapatkan tawaran dari industri luar negara, namun Tasha masih menekankan adat ketimuran dan kemelayuan.

Mengakui dirinya semakin selektif dalam memilih watak, Tasha tidak ragu-ragu untuk menolak tawaran itu sekiranya dia harus melakukan adegan yang keterlaluan. “Saya masih menunggu skrip mereka, namun jika ada adegan cium dan juga perlu menayangkan bahagian badan, memang saya akan tolak walaupun menggunakan stand in atau body double.

“Saya membawa nama Melayu dan Islam, jadi saya harus lebih peka mengenai hal ini. Saya tidak mahu menimbulkan kontroversi lain yang boleh mengecewakan peminat dan penyokong saya selama ini.

“Saya memerlukan peminat yang selama ini banyak membantu saya untuk terus dikenali,” katanya yang bakal berangkat ke Bandung dan Jakarta untuk projek terbarunya di sana.

Leave a Reply