Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Sinopsis Filem Mantera

Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik tabir, iaitu ‘Alliance of Light’ dan ‘Dark Legions’.

Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia dinamakan MANTERA iaitu singkatan kepada ‘MAN Transformable Exo-Robotic Armor’; sistem motosikal dan sarung tangan nano yang boleh berubah bentuk menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua reka cipta MANTERA iaitu Dr. Natasya yang tahu niat jahat syarikat itu, mensabotaj dan musnahkan sistem MANTERA sebelum menghilangkan diri dengan pelan skematik dan ‘blue print’ MANTERA.

Sisa-sisa dan cebisan MANTERA secara tidak sengaja dihantar kepada seorang pelajar IT di Malaysia bernama Azman. Azman dengan bantuan rakan karibnya, Kevin membina semula
MANTERA sehingga menjadi motor.

Tanpa disedari, motor itu bertukar jadi baju perisai robotik yang beri kekuatan dan kepantasan ‘superhero’ kepada pemakainya. Apa akan berlaku seterusnya? Saksikannya di pawagam.

Leave a Reply