Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Shah Rukh Khan diharam masuk stadium

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan diharam memasuki Stadium Mumbai Wankhede selama lima tahun ekoran insiden mengasari kakitangan stadium semasa perlawanan IPL kelmarin.

Presiden Persatuan Kriket Mumbai (MCA), Vilasrao Deshmukh berkata, pelakon tersebut melakukan perbuatan yang tidak munasah.

Shah Rukh Khan, yang memiliki Kolkata Knight Rider, terlibat dalam satu pergelutan dengan kakitangan stadium selepas perlawanan malam kelmarin.

Pelakon yang telah membintangi lebih 70 filem, drama televisyen dan juga terlibat bidang pengiklanan tetap mempertahankan tindakannya dan marah selepas pihak keselamatan mengganggu kanak-kanak yang menemaninya. Beliau juga berkata akan melaporkan tindakan kakitangan stadium kepada pihak polis.

Sementara itu, Pengerusi IPL, Rajiv Shukla berkata, MCA hanya boleh mencadangkan larangan manakala keputusan terletak pada tangan Lembaga Kawalan Kriket, India.

Vilasrao juga berkata bahawa tingkah laku Shah Rukh Khan adalah tidak wajar dan melanggar peraturan, kata beliau pada sidang akhbar hari ini.

“Jika seseorang melanggar peraturan, tindakan tegas akan diambil. Ia bukan bergantung kepada taraf individu, jadi ini juga membawa mesej kepada orang ramai yang jika berlaku sebarang salah laku, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Ketua MCA itu menambah, Shah Rukh Khan seolah-olah tidak menyesal dengan tindakan yang dilakukan malah merasakan ia sesuatu yang wajar.

Vilasrao berkata, keputusan mengharamkan pelakon tersebut memasuki stadium merupakan keputusan muktamad. Pasukan Shah Rukh Khan memenangi perlawanan kelmarin. Pasukan itu menentang India Mumbai. Katanya, pegawai di stadium bersikap kurang ajar kepadanya.

“Mereka sangat agresif. Saya tidak mahu mengulangi kata-kata yang mereka lemparkan kepada saya. Saya sangat marah atas tindakan mereka,” katanya kepada pemberita semalam. Pelakon tersebut dilaporkan pergi ke stadium berkenaan untuk mengambil sekumpulan 30 kanak-kanak dan anak-anaknya sendiri yang menonton perlawanan.

Leave a Reply