Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Salina Saibi Nafi Guna Botox Atau Kolagen

Pelakon filem Jalan Kembali Bohsia 2, Salina Saibi menafikan tuduhan segelintir pihak yang mengatakan dia menyuntik botox ke mukanya dan menggunakan kolagen sehingga kelihatan semakin cantik sejak kebelakangan ini.

Menurut Salina yang juga merupakan pelakon drama bersiri televisyen popular Metro Squad ini, dia sebaliknya menggunakan pelbagai kaedah lain agar memastikan kelihatan sentiasa cantik apatah lagi dalam kerjayanya sebagai pelakon yang sentiasa glamor.

“Sebagai pelakon saya kenalah menjaga kecantikan dan kesihatan diri saya tetapi bukan dengan cara ‘segera’ seperti menyuntik botox ke muka dan sebagainya. Sebaliknya, saya ada cara tersendiri untuk kekal cantik antaranya dengan cara berenang pada setiap minggu.

“Setiap minggu saya mesti akan berenang selama dua atau tiga jam sebagai senaman rutin yang baik untuk kesihatan saya. Biasanya saya akan berenang bersama anak saya, Farah Syakira Azmir yang baru berusia tiga tahun,” katanya sewaktu ditemui di sini baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Salina hadir di majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Jalan Kembali Bohsia 2 terbitan Skop Production arahan Syamsul Yusof dalam genre aksi dan komedi yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 7 Jun ini.

Jelas Salina lagi, selain berenang aktiviti hariannya yang sibuk di lokasi kerana menjalani penggambaran drama dan filem pada setiap hari secara tidak langsung turut menjadi latihan yang mencergaskan tubuh serta kesihatannya.

“Kesibukan itu menjadikan saya sentiasa aktif di mana ia juga sebagai satu latihan yang boleh menjadikan saya menjadi aktif. Contohnya, saya kini baru sahaja habis menjalani penggambaran drama Asmara Beijing dan selepas itu bergegas pula untuk penggambaran Metro Squad 2,” ujarnya.

Leave a Reply