Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Penyebaran Gambar Syamsul Yusof & Nurul Ain Perbuatan Khianat

Aktres dan pengarah filem Oh Mak Kau (OMK), Nurul Ain Nordin (Ain) menganggap penyebaran gambarnya dengan Syamsul Yusof di Internet adalah perbuatan khianat pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya.

Ain, 24, yang juga penerbit filem itu berkata dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa juga adalah tidak benar sebaliknya dia telah mengenali Syamsul sejak menjalani latihan praktikal di Skop Production beberapa tahun lalu.

“Sudah berulang kali saya memberikan penjelasan mengenai hubungan kami namun saya sedar tidak mudah untuk meyakinkan orang untuk menerima apa yang saya katakan.

“Hakikatnya, kami hanya kawan. Hubungan kami adalah atas dasar profesional kerana dia banyak membantu membimbing saya di lokasi penggambaran filem OMK dan tidak lebih daripada itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini.

Sebelum ini beberapa keping gambar tersebar di Internet memperlihatkan kemesraan mereka yang duduk berasingan daripada krew dan pelakon lain ketika di lokasi penggambaran filem OMK.

Kemesraan Ain dan Syamsul di lokasi penggambaran filem Oh Mak Kau yang didakwa menjalin hubungan secara rahsia. Syamsul juga dikatakan sanggup menemani Ain di lokasi penggambaran selama beberapa jam walaupun dia tidak terlibat dengan penggambaran.

Ain yang mula dikenali menerusi filem Suatu Malam Kubur Berasap (2011) berkata, dia sempat berbincang dengan Syamsul mengenai dakwaan itu sejak gambar-gambar mereka tersebar di Internet pada minggu lalu.

“Saya ada bercakap dengan Syamsul mengenai perkara ini. Saya mohon agar isu ini tidak dibesar-besarkan kerana saya tidak mahu perkara remeh-temeh begini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada Syamsul, bapanya Datuk Yusof dan mereka sekeluarga yang saya hormati.

Leave a Reply