Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Penuntut ditendang pensyarah

Sudahlah dicekik dan ditumbuk berkali-kali oleh pensyarah dan rakan sekelas, seorang penuntut kolej swasta di Kajang di sini mendakwa diperlakukan tanpa belas kasihan apabila turut ditendang ketika cuba bangun bagi mendapatkan bantuan.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa, Asraf Edy Azizi, 17, mendakwa dia dimarahi salah seorang tenaga pengajar kolej itu ketika bergurau dengan seorang rakan di dalam kelas.

Katanya, tenaga pengajar kolej lelaki itu meluru ke mejanya dan bertanya sekiranya dia mempunyai apa-apa masalah kerana bergurau ketika kelas sedang berjalan.

Pertanyaan itu, menurut Asraf tidak dijawabnya dan dia terus menundukkan kepala kerana tidak mahu melawan serta menimbulkan masalah lain.“Pensyarah itu memegang bahagian tengkuk dan mencekik saya sebanyak dua kali serta menolak kepala ke atas supaya memandang wajahnya.

Akibat marah diperlakukan seperti itu saya ada mengeluarkan perkataan kesat kerana dimalukan di dalam kelas.

“Dia yang sudah berlalu selepas mencekik kemudian berpatah balik dan bertanya mengapa keluarkan kata-kata demikian membuatkan saya terus minta maaf ,”katanya.

Asraf berkata, tanpa pedulikan permohonan maafnya, pensyarah terbabit menolaknya jatuh ke tepi dinding.

Belum sempat untuk bangun semula selepas ‘tersungkur’ di lantai, Asraf mendakwa seorang pelajar dari kelas yang sama kemudian melepaskan satu tumbukan terus mengenai bahagian mata kirinya.

Tidak cukup dengan itu, katanya, seorang lagi rakan sekelasnya tiba-tiba meluru ke arahnya dan menumbuk bahagian belakang kepalanya berkali-kali.

“Ketika menahan kesakitan dan cuba bangun, pensyarah terbabit menendang saya sebelum kejadian dileraikan beberapa rakan sekelas.

“Dalam keadaan mata lebam dan masih sakit, saya bersama seorang rakan kemudian ke hospital kerajaan menaiki bas awam sebelum membuat laporan di Balai Polis Kajang hari yang sama,”katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Edy Azizi berkata, dia kesal kerana pihak kolej seolaholah tidak berperikemanusiaan kerana membiarkan anaknya yang cedera ke hospital bersendirian selepas insiden.

Katanya, pihak kolej hanya bersetuju menghantar anaknya ke klinik swasta kerana mahu menyembunyikan kejadian itu dan menutup malu.

“Pihak kolej minta selesai kes ini di luar tetapi saya enggan kerana tidak mahu membahayakan nyawa anak pada masa depan. Apa yang saya tahu tiada tindakan dikenakan kepada pensyarah dan pelajar yang pukul anak saya.

“Disebabkan itu, saya menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya memantau apa yang berlaku di kolej-kolej swasta kerana dibimbangi menjadi lubuk penularan samseng,”katanya.

Leave a Reply