Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Najwa Latif jadi duta

Perlantikannya baru-baru ini sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran untuk pelajar-pelajar sekolah menjadikan artis remaja sensasi YouTube, Najwa Latif berasa teruja dan berbangga kerana beliau dapat terus mengasah bakat seninya sambil menumpukan perhatian dalam pelajaran. Meskipun demikian, Najwa tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan rasa gementar apabila dilantik sebagai Duta Rasmi portal e-pembelajaran oleh syarikat uniCLIQ Sdn Bhd.

“Saya sebenarnya berasa agak takut kerana ini satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Saya akan cuba memainkan peranan saya sebagai duta yang mewakili produk ini dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama saya sangat teruja kerana saya dapat mengajak rakan-rakan dan adik-adik yang masih bersekolah untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih mudah,” ujar Najwa.

Sebagai duta rasmi, Najwa telah merakamkan semula dua lagu dari albumnya untuk digunakan sebagai muzik latar di portal uniCLIQ. Selain mamaparkan imej serta muzik Najwa, portal itu juga menyediakan satu laman blog khas bagi penyanyi genit tersebut berinteraksi dengan para pengguna portal dan peminatnya.

Sementara itu, mengulas mengenai penglibatan Najwa bersama uniCLIQ, Ketua Pegawai Eksekutif uniCLIQ En. Apandi Dollah berkata, “Najwa Latif adalah personaliti yang tepat bagi mewakili uniCLIQ kerana beliau merupakan ikon bagi generasi muda dengan kumpulan penggemar dan pengikut yang ramai di dunia maya. Beliau dipilih sebagai duta uniCLIQ berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam pelajaran dan juga di dunia seni. Najwa memiliki keperibadian yang sangat baik dan menjadi contoh yang sempurna bagi para remaja.”

uniCLIQ menawarkan e-pembelajaran untuk subjek-subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sementara mata pelajaran elektif pula termasuklah Matematik Tambahan, Biologi, Seni Visual dan Pendidikan Islam. Modul-modul dalam talian untuk pelajar rendah dan menengah ini boleh diperolehi dengan harga serendah RM20 sebulan untuk satu mata pelajaran. Bagi yang berminat, portal uniCLIQ ini boleh dicapai di www.uniCLIQ.com.

“uniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulangkaji kerana sistem pembelajarannya yang ‘sempoi’ lagi menyeronokkan. Malah saya dapat mengakses uniCLIQ melalui alat tablet android mahu pun iPad atau alatan lain yang mempunyai Internet seperti komputer riba, jadi apabila sahaja ada kelapangan walau di mana pun saya berada, saya dapat membuat ulangkaji melalui uniCLIQ,” tegas penyanyi cilik kelahiran Johor ini.

Leave a Reply