Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Nabila Huda Segan Jadi Bohsia

Pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 28, akui berasa agak segan dan malu selepas menonton aksinya yang memegang watak bohsia pada majlis Tayangan Eksklusif, filem Jalan Kembali: Bohsia 2 baru-baru ini.

Malah, Nabila Huda berkata dia agak gusar dengan penerimaan penonton terhadap lakonannya sebagai perempuan liar itu selepas dia kini sudah pun bergelar ibu kepada Keisha Laila, 2 tahun.

"Segan juga bila menonton aksi liar saya sebagai perempuan bohsia dalam filem ini kerana sudah lama rasanya saya tidak beraksi seperti itu dan kali terakhir pun hanya di filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009.

"Lagipun, ketika mula untuk kembali berlakon dalam Bohsia 2 ini, saya baru sahaja lepas menimang cahaya mata yang ketika itu begelar isteri serta ibu.

"Terus-terang ketika itu saya sudah mula rasakan saya seperti tidak sesuai lagi untuk membawakan watak liar seperti ini," katanya.

Selain Nabila Huda, filem yang bakal ditayangkan pada 7 Jun ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Syamsul Yusof serta pelakon lain Sofie Jikan, Salina Saibi, Serina Redzuwan dan ramai lagi.

Nabila yang kini bergelar ibu tunggal telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, pada Ogos tahun lalu selepas tiga tahun berkahwin ekoran tiada persefahaman.

Selain statusnya, Nabila Huda merasakan dirinya tidak lagi sesuai untuk bawa watak remaja liar seperti itu kerana faktor usia yang hampir mencecah 30-an.

"Selepas berkahwin saya sudah lama tinggalkan watak wanita jahat dan liar sebaliknya banyak melakonkan watak gadis bertudung dan teranaiya seperti di drama Pelangi Kasih.

"Jadi bila lihat dalam filem Bohsia 2, saya jadi segan pula. Saya pun tak pasti sama ada penonton dan peminat boleh terima atau tidak," luahnya.

Leave a Reply