Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Makna Pengunaan Profile Picture Berwarna Coklat Diputar Belitkan

“tinggalkan gambar2 Dp yang berwarna coklat . ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar2 ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan zionis israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman zionis israel terhadap umat islam. tag perkataan yg tertulis adalah tulisan yahudi. maka, tukar secepat mungkin gambar2 ini. harap maklum. waallahualam.”

Jawapan:
Hanya mreka yang berfikiran sempit saja akan berfikir cara begitu.
Apa kaitan menggunakan DP dengan menunjukkan kita tawanan Israel? DP itu menunjukkan pakaian/warna adalah simbolik pada pemakaian mreka(tahanan) dan kain menutup mata itu adalah apa yg mreka jalani di sana. Jadi di sini tidak timbul samaada kita memejamkan mata daripada bangun menentang zionis.

Soal tulisan itu pula, tiada salahnya digunakan, berikan dalil yang melarang daripada gunakan bahasa mreka. Ada? Tiadakan? Selagi perkataan itu bukan menghina Islam, boleh saja kita gunakan. Sebenarnya perkataan tulisan Yahudi dalam bahasa Hebrew tu tak jadi masalah sebab ade je al-quran terjemahan dalam bahasa Hebrew untuk orang yahudi yg beragama Islam. Hebrew tu bahasa, bukan agama. Kalau begitu, tak boleh la guna bahasa Inggeris, sebab orang Kristian cakap bahasa Inggeris.

Contoh lain yang ambe boleh berikan, FB adalah ciptaan Yahudi, jika kita gunakan, adakah kita sebahagian daripada mereka?
Jadi perkara yang terbaik adalah Husnuzon (bersangka baik) minta semua tidak perlu sempitkan pemikiran. Itu saja ambe nasihatkan. Jangan perlekeh usaha kecil ini dengan kenyataan mengarut ini.

Leave a Reply