Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Mahkamah Tolak Tuntutan Sri Wani

Isteri ketiga bekas seorang dekan, Sri Wani Choo Abdullah terpaksa berputih mata apabila permohonan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang madu-madunya membuat gangguan ke atas dirinya ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan turut menolak bantahan awal pemohon (Sri Wani) terhadap kes faraq yang difailkan suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi di mahkamah yang sama dua tahun lalu.

Permohonan faraq atau membubarkan perkahwinan itu dibuat Bahrom setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 selepas mengesyaki isterinya seorang lelaki.

Abd. Walid sebelum itu menerima hujah peguam syarie Muhammad Hafiz Abd. Rashid yang mewakili Bahrom, 61, supaya membatalkan kedua-dua permohonan Sri Wani dengan alasan penyampaian kes oleh pemohon dibuat secara tidak teratur selain wanita itu gagal hadir ke mahkamah semalam. Turut tidak hadir ialah peguam syarie Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani, 37.

Leave a Reply