Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Lelaki Bogel Makan Kepala Manusia Ditembak Mati

Polis Miami menembak mati lelaki bogel yang sedang makan kepala seorang lelaki lain di jalan susur keluar jalan tambak di bandar itu. Akhbar Miami Herald melaporkan, bunyi tembakan didengar kira-kira jam 2 petang di susur keluar tambak MacArthur, dekat dengan pejabat akhbar itu.

Saksi berkata, seorang wanita terlihat dua lelaki bergaduh lalu menahan seorang pegawai polis yang tiba di tempat kejadian ketika lelaki bogel itu menyerang seorang lagi lelaki. Akhbar itu memetik saksi berkata, pegawai polis mengarahkan lelaki bogel itu berundur tetapi tidak diendahkan lalu pegawai polis melepaskan tembakan.
Saksi berkata, lelaki bogel terus menyerang lelaki itu walaupun ditembak sekali dan pegawai polis itu melepaskan beberapa tembakan lagi. Polis berkata, lelaki yang diserang itu dibawa ke Pusat Trauma Hospital Memorial Ryder.

Leave a Reply