Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Janda Ajai berkahwin 6 Jun ini

Akhirnya penyanyi berusia 35 tahun ini, Nurul Huda Abdul Wahab, mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Selepas lima tahun menjanda, penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35, akan mendirikan rumah tangga semula dengan lelaki yang berasal dari Perancis, Eric Daniel Depp, 47, bulan depan.

Menurut Nurul, majlis akad nikah akan berlangsung pada 6 Jun ini di sini, namun dia belum bersedia untuk memberitahu lokasi yang bakal merakamkan detik bahagianya itu.

Katanya, dia dan Eric berkenalan dua tahun lalu dan sepanjang tempoh itu mereka saling memahami. “Apabila kita sudah berjumpa orang yang sesuai di hati maka secara tidak langsung tiada apa yang menjadi halangan lagi untuk saya memulakan semula alam rumah tangga buat kali kedua.

“Kami menerima diri masing-masing seadanya. Keluarga Eric juga dapat menerima saya dengan baik,” katanya. Sebelum ini Nurul pernah menyatakan yang bakal menggunakan khidmat Rizman Ruzaini memberitahu dia berasa teruja untuk bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal itu.

"Jika saya berkahwin buat kali kedua nanti, sudah pasti saya akan memilih Rizman Ruzaini kerana kami sudah lama bekerjasama sebelum ini. Selain selesa, saya suka rekaan mereka yang kreatif. Jujurnya, kami masih belum membuat sebarang perbincangan. Semua persiapan baru hendak dimulakan," jelasnya lagi.

Ditanya tentang perkahwinan impiannya, Nurul memberitahu dia inginkan perkahwinan keduanya ini diadakan secara eksklusif dan dalam suasana penuh romantik.

Leave a Reply