Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Ibu Mahu Elfira Cari Teman Lelaki

Diusia baru mencecah 18 tahun, pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh gadis genit bernama Elfira Loy. Namun jika melihat kepada tajuk di atas, seolah-olah bagaikan memberi gambaran bahawa ibu Elfira Loy telah memberikan kebebasan untuk anak gadisnya itu berbuat apa sahaja.

Tetapi bukan begitu. Sebaliknya itu adalah seloroh ibunya semata-mata kerana mahu anaknya merasa lengkap menjadi seorang perempuan jika menemui teman istimewanya. Malah menurut Elfira Loy, ibunya berkata demikian kerana telah melihat dirinya terlalu kuat bekerja sehingga tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

“Mama suruh saya cari teman lelaki bukannya apa. Katanya setiap perempuan perlu ada teman lelaki,” ujarnya berseloroh. Hubungan rapatnya dengan Randy Panggalila pernah mengundang kontroversi dan perkara ini bagi Elfira hanya sekadar perkara biasa jika menjadi pasangan di dalam sebarang cerita.

“Ya, Randy adalah teman baik dan boleh dikatakan kami rapat kerana sering berhubung. Tetapi saya tidak ada sebarang hubungan istimewa dengan Randy. “Dia seorang yang kelakar, sangat low profile, mudah didekati dan senang bekerja dengannya.

“Untuk drama Dalam Hati Dalam Taman, dia sekali lagi telah menjadi hero kepada saya,” komen Elfira tentang gosip cintanya dengan Randy Pangalila. Sehari selepas majlis memperkenalkan Elfira Loy sebagai duta baru Maybelline, dia dan produksi Dalam Hati Ada Taman akan berlepas ke kota Paris bagi menghabiskan beberapa babak yang mengambil tempat di kota cinta tersebut.

Dia yang baru saja menempatkan diri di Kolej Damansara Utama dalam bidang Entertainment Arts di peringkat Diploma,telah ditawarkan biasiswa penuh daripada pusat pengajian tersebut. Katanya, tawaran tersebut diterima kerana jadual belajar yang fleksibel dan memberikan ruang kepada Elfira untuk belajar dalam masa yang sama berlakon. Sumber : Murai

Leave a Reply