Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Elfira Loy dapat Tajaan Biasiswa

Nurul Elfira Loy, 18, kini boleh menarik nafas lega dan berasa bangga. Ini kerana dia sudah mula diberi kepercayaan untuk membawa watak heroin pula.

Ketika ini, pelakon cantik yang selesa disapa Elfira itu sedang berada nun jauh di Paris selama 11 hari bersama pelakon dari seberang, Randy Pangalila bagi menjayakan telefilem arahan Micheal Ang yang berjudul Dalam Hati Ada Taman.

Bertemu dengan gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pada sidang akhbar memperkenalkan duta baharu Maybelline di Souled Out, Kuala Lumpur, Rabu lalu, Elfira nyata begitu teruja memberitahu akan melangkah ke kota romantis tersebut buat pertama kalinya.

Ditanya mengenai perasaannya sekali lagi berlakon bersama Randy selepas pertama kali digandingkan dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, ujar Elfira, ketika menjayakan telefilem itu, dia dan Randy terlalu bergantung kepada skrip semata-mata.

Bagaimanapun untuk telefilem Dalam Hati Ada Taman, mereka tidak lagi bergantung kepada skrip sebaliknya menggunakan keserasian antara dia dan Randy untuk membina skrip sendiri.

“Saya akan menjayakan telefilem sebanyak 13 episod untuk Astro Ria arahan Micheal Ang. Cerita ini berlatarbelakangkan kota Paris.

“Saya dan Randy tiada sebarang masalah untuk membina keserasian antara kami. Ini kerana sejak berlakon bersama dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, kami sentiasa berhubung antara satu sama lain,” ungkapnya yang melakonkan watak anak kepada karakter lakonan Amy Mastura dalam telefilem tersebut.

Tidak hanya tertumpu kepada telefilem semata-mata, ungkap Elfira, selepas ini dua buah filem lakonannya akan menyusul yang mana dia akan bekerjasama dengan Micheal lagi.

Mengakui selesa bersama Micheal, luah Elfira, dia sering meraih tawaran daripada pengarah itu yang sering memberikan peluang kepadanya untuk mencuba watak-watak baharu.

“Micheal suka terokai karakter saya. Dia tidak seperti pengarah lain yang sering memberi watak yang sama kepada saya,” jelasnya.

Tidak pernah meletakkan had pada karakter yang akan dibawanya dan mahu mencuba semua watak yang ada, Elfira tidak terlepas ditanya tentang masa depannya dalam bidang lain sebaik tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Tanpa mendedahkan keputusan peperiksaan yang diperoleh, ujar Elfira, jika keputusannya tidak elok, bagaimana pula dia boleh ditawarkan biasiswa sebagai pelajar di Kolej Damansara Utama (KDU), Petaling Jaya, Selangor.

Elfira yang kini mengambil diploma dalam jurusan seni hiburan memberitahu, pada mulanya dia tidak berniat untuk menyambung pelajaran dalam masa terdekat kerana terlalu sibuk berlakon, tetapi kerana ditawarkan biasiswa tersebut, dia akhirnya setuju.

“Sudah rezeki saya apabila pihak KDU menawarkan biasiswa dalam jurusan seni hiburan. Saya memilih bidang tersebut kerana saya fikir ia sesuai dengan kerjaya sebagai seorang pelakon. Menjadi seorang pelakon kalau tak ada pengetahuan susah juga, jadi saya mahu ilmu yang baik untuk membantu kerjaya saya berkembang dengan baik,” ujarnya.

Leave a Reply