Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Bunkface keluar album kedua Julai ini

Bunkface mengumumkan akan mengeluarkan album keduanya Julai ini.

"Kami akan mengeluarkan album kami pada bulan Julai ini dan kami akan umumkan nanti tarikhnya," katanya ketika ditemui pada konsert We The Kings Featuring We Are The In Crowd Live In Malaysia di kawasan tempat letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Mereka dianggotai oleh Shamsul Annuar Baharum (Sam), 25, sebagai vokalis dan gitaris, seorang lagi gitaris, Ahmad Farhan Hashim (Paan); 25, dan pemain bass, Muhammad Farouk Jaafar (Youk), 23.

Paan menambah, "dalam album itu nanti akan dimuatkan 13 lagu yang mengandungi empat lagu Melayu dan sembilan lagu Inggeris. Kami akan umumkan melalui Facebook dan Twitter kepada peminat kami nanti."

Mereka juga merancang konsert jelajah di universiti-universiti tempatan seluruh Malaysia yang terpilih selepas Aidilfitri.

Dalam konsert malam tadi, mereka telah membuka tirai konsert dengan menyampaikan empat lagu iaitu Panik, More, We Will Rock You dan Silly Lilly.

Selain mereka, kumpulan muzik tempatan seperti Kyoto Protocol dan Oh Chentaku turut membuat persembahan.

Bunkface yang popular melalui lagu-lagu hits seperti Silly Lilly, Situasi, Revolusi, Ekstravaganza, Dunia, Prom Queen, serta yang terbaru, Panik dan Jatuh.

Album sulung mereka berjudul "Phobia Phoney" dilancarkan Mac 2010.

Mereka juga telah banyak memperoleh kejayaan dengan pelbagai anugerah dalam industri hiburan tanah air dan luar negara termasuklah Anugerah Industri Muzik, Anugerah Shout! dan tempat ketiga di Festival Muzik Hong Kong.

Bunkface pernah membuat persembahan di Indonesia, Singapura, Hong Kong, Macau, Australia, United Kingdom, dan Maldives.

Leave a Reply