Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Berikan Saya Dan Anne Ngasri Masa kata Aliff Aziz

Selepas akui hubungan dengan dramatis, Anne Ngasri merupakan sebuah hubungan yang rapat serta lebih dari teman biasa, penyanyi, Aliff Aziz meminta supaya dirinya tidak lagi diajukan soalan lebih mendalam mengenai hubungan yang telah terjalin itu. Malah, Aliff Aziz memohon agar semua pihak terutama pihak media memberikan masa dan ruang kepada hubungannya bersama-sama Anne Ngasri.

Bagi saya cukuplah dengan apa yang telah saya jelaskan mengenai hubungan kami sebelum ini. Sudah tiba masanya peminat dan pihak media memberikan kami masa dan ruang dalam hubungan ini agar kami dapat saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa terlalu terkejar dalam hubungan.

Lagipun saya tidak mahu lagi disoal tentang perkahwinan atau sebagainya kerana ia akan memberi tekanan kepada saya buat masa sekarang. Saya tidak mahu hal peribadi saya digembar-gemburkan lagi dan biarlah saya simpannya sendiri,” katanya selepas pelancaran album terbaru berjudul Aliff Aziz.

Sunggupun begitu, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang itu akui selepas bertemu dan berlakon bersama Anne dalam penggambaran drama bersiri Antara Kita yang akan muncul di RTM Jun ini, karier lakonannya kini semakin berkembang. Saya semakin sukakan bidang lakonan. Sebenarnya lakonan merupakan cabang seni lain yang saya sendiri berminat untuk mengembangkannya.

Anne adalah pendorong semangat saya untuk berjaya dalam bidang lakonan kerana dia telah memberi banyak tunjuk ajar dalam cabang seni baru yang saya ceburi ini,” katanya yang sedang menjalani penggambaran telemovie Vlog bersama pelakon Wawa Zainal.

Meskipun semakin aktif mengatur langkahnya dalam bidang lakonan, Aliff yang bernaung di bawah label Sony Music Sdn Bhd walau bagaimanapun sudah muncul dengan album ketiganya yang memuatkan single terbaru, Jangan Ganggu Pacarku.Gembira sekali kerana dalam kesibukan saya, album ketiga ini telah pun berada di pasaran sejak 20 Mac lalu dan pastinya album saya kali ini menampilkan diri saya yang lebih matang.

Meskipun konsepnya tidak banyak lari iaitu masih mengekalkan pop daripada album saya sebelum ini, tetapi saya dapat rasakan muzik yang saya bawakan kali ini mempunyai identiti diri saya tersendiri,” tambahnya.

Leave a Reply